Rabu, 3 Disember 2014

ustaz segera

Suatu hari, al-Hasan al-Basri berjumpa dengan seorang pemuda daripada Bani al-Shikhir. Al-Hasan berkata kepadanya, "Nasihatilah kami, wahai pemuda"Pemuda itu menjawab, "Aku belum layak memberi nasihat, wahai Abu Sa'id". Al-Hasan berkata,

 "Siapakah yang benar-benar layak memberi nasihat? Syaitan sangat suka dengan kata-kata ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan". 

Kisah ini diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab az-Zuhd dan juga Abu Muhammad al-Ramahurmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil. (sumber : Solusi isu 38)

 
  • Berdakwahlah sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Disamping terus berusaha memperbaiki kekurangan diri.
  • Tak perlulah kita pandang masa silam seseorang, pandanglah siapa dia hari ini.
  • Jika kita tak mampu lakukan dakwah, janganlah kita menjadi orang yang menghalang usaha dakwah (dengan memperlekeh dan memandang rendah usaha orang lain).