Catatan

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Imej
  Bahan-bahan: 5 biji  telur  gred A 1 cawan  susu pekat  (tak kisah jenama apa) 1 cawan  air 3 keping roti (tak kisah jenama apa asalkan roti keping) Sedikit esen vanilla Sedikit garam 4 sudu  gula Sedikit pewarna kuning Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, kisar telur, susu pekat, air, roti, esen vanilla, garam dan pewarna kuning sampai gebu. 2. Bagi menyediakan karamelnya pula, guna 4 sudu gula dicairkan dalam loyang. 3. Selepas itu, biarkan karamel itu mengeras dalam loyang terlebih dahulu. 4. Kemudian, baru boleh tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang berisi karamel. 5. Akhir sekali,  kukus  selama 45 minit. Siap untuk dinikmati !

Resepi Lemang Tepung

Imej
  Bahan-bahan: 3 cawan gula merah 3 cawan air 6-9 sudu gula pasir 4 helai daun pandan 2 sudu kecil garam 6 cawan santan kelapa 6 cawan tepung gandum Cara membuat: Masukkan air ke dalam kuali atau periuk. Kemudian, masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau sehingga gula larut. Masukkan daun pandan, carik sedikit dan simpulkannya. Kacau lagi sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan daun pandan. Dalam bekas berisi tepung gandum, masukkan garam, santan dan tuang gula yang dididih tadi. Kacau sebati supaya tidak berketul. Jika adunan masih berketul, boleh gunakan blender atau mixer supaya adunan elok tidak berketul. Masukkan adunan ke dalam buluh yang dilapik daun pisang. Jangan masuk sehingga penuh kerana adunan akan terkeluar ketika dibakar. Bakar sehingga masak. Kawal api dan pusing-pusingkan buluh supaya masak sekata. Lemang tepung gula merah siap!

Sang Kancil Menipu Harimau

Imej
Harimau:  (suara meninggi)  Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada. Sang Kancil :  (terperanjat)  Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak?  (lalu berdiri dengan cepat) Harimau:  (suara meninggi)  Aku hendak makan kamu. (sambil mengangkat kaki hadapannya dan membuka mulutnya.) Sang Kancil:  Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah diperintahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu benda ini.  (sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu) Harimau:  (kehairanan sambil melihat sarang tebuan)  Apa benda itu? Sang Kancil:  Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan. Harimau:  Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya. Sang Kancil:  Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira. Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi alasan ya...

Belalang

Imej
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.  Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu ...

CADANGAN PENGAMBILAN KHAS PENJAWAT AWAM KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN IJAZAH UNTUK MENGISI JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P)

Imej
Bertahun kita mendengar isu dan rungutan yang sama dalam kalangan penjawat awam kumpulan pelaksana apatah lagi kumpulan ini selalunya mendapat kurang keistimewaan dan kemudahan berbanding pegawai di gred P&P. Disebabkan itu sebilangan daripada penjawat awam kumpulan pelaksana ini menyahut saranan Kerajaan yang sentiasa menggalakkan penjawat awam menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam usaha melahirkan pegawai yang berpengetahuan dan mampu menguasai pelbagai kemahiran serta melaksanakan pelbagai tugas (multi-skilling, multi-tasking). Walaubagaimanapun kini, majoriti penjawat awam kumpulan pelaksana yang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah masih kekal bertugas di gred sama kerana peluang dan laluan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi nampaknya tidak seperti yang diwar-warkan. Urusan naik pangkat secara KPSL/PSL dari gred pelaksana ke gred P&P kelihatan sunyi tanpa berita. Kalau hendak diharap kepada skim perkhidmatan bersepadu yang memperuntukkan gabung...

Tudung si comel

Imej
  “Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“ https://tudungsicomel.com/?love=amirazwan

PAKORA BAWANG

Imej
  Resepi nya 2 biji bawang besar(dihiris) 4 tangkai daun kari (dihiris)  1 pokok ketumbar(dihiris) 3 Batang cili hijau ( belah dua dan dihiris) 1 sudu makan jintan putih 2 sudu besar cili serbuk 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukupnya Tepung kacang kuda (Agak2 je macam nak buat cucur bawang) 2 sudu tepung beras Air Cara masak : 1. Masukkan Semua bahan dalam bekas dan gaul rata.. 2. Masukkan air dan gaul lagi.. 3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan siap terima kasih empunya resepi...ambik dari fb