Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Ulama

Daripada Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w bersabda:   “Ulama itu ada tiga jenis. Pertama orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua orang yang alim yang masyarakat mengambil manafaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manafaat dengan ilmunya”.

“Apa tahap malas tuan hamba?”

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak dan teringin mencari seorang yang malas. Maka berangkatlah raja itu ke sebuah negeri yang mana rakyat-rakyatnya terkenal dengan kemalasan.Raja perintahkan pengawal mencari seberapa ramai orng yng paling malas di negeri itu. Dan dikumpulkan bebe...rapa orang,lalu seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.” Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.” Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Pat...

Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar

Imej
DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, Sultan Perak ke-28 (1887-1916)

D.Y.A.M. Raja Bendahara Yussuf Shah

Imej
D.Y.A.M. Raja Bendahara Yussuf Shah (Kemudian bergelar D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah), Dilantik sebagai Y.A.M. Raja Di Hilir Perak pada tahun 1919 (Raja Di Hilir Perak pada zaman dahulu setaraf dengan gelaran Y.A.M. Raja Kecil Besar Perak pada ketika ini) kemudian pada tahun 1921 dinaikkan dikedudukan D.Y.A.M. Raja Bendahara Perak dan seterusnya dikenaikan pada kedudukan D.T.Y.M. Raja Muda Perak pada tahun 1938 dan seterusnya diangkat sebagai Raja Pemerintah pada tahun 1948 sebagai D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak.

Negeri Sembilan tidak bergelar sultan

Imej
TIDAK seperti ketua pemerintah di negeri lain yang bergelar raja atau sultan, Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yang Dipertuan Besar. Ada pendapat menyatakan kemungkinan gelaran Yang Dipertuan Besar disebabkan pengaruh dari kesultanan Palembang yang wujud dalam masyarakat Minangkabau. Kesultanan Palembang dikatakan mula-mula membahasakan Yang Dipertuan kepada rajanya yang membawa maksud raja yang dituankan itu adalah dijemput. Penggunaan gelaran itu di Negeri Sembilan menurut Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali ada kisah dan sejarahnya yang selalunya dimulakan dengan kehadiran seorang anak raja dari Minangkabau yang bergelar Raja Melewar. “Namun, sebelum pertabalan Raja Melewar, sudah ada raja Minangkabau yang menduduki takhta negeri tersebut iaitu Raja Adil, Raja Kasab dan Raja Khatib. “Sejarah awal kehadiran raja berkenaan ke Negeri Sembilan bagaimanapun tidak jelas namun, ada catatan yang menyatakan mereka sudah berada di negeri terse...

Raja Bergelar

Imej
Sultan Raja Muda Raja Di Hilir Raja Kecil Besar Raja Kecil Sulong Raja Kecil Tengah Raja Kecil Bongsu Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.   Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dip...

Keldai

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik. Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu. Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi. "Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan. "Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima da...

Tamak

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu. Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?" Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk" "Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku " Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit. Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal." Orang itu pun melepaskanny...

Kodok

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati. Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil. Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu...

baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut. “Sabun mana yang anda gunakan selama ini?” Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.” “Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?” ” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu. “Minyak wangi?” “Minyak Wangi Baba.” “Shampoo?” “Shampoo Baba.” Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.” Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.''