Catatan

Dikisahkan....

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s t...

Memberi

Imej
  Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Muslim) Huraian Rasulullah s.a.w adalah manusia sempurna yang kaya dengan sifat-sifat yang terpuji. Justeru, baginda adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia yang lain. Bagindalah idola yang sepatutnya dipuja-puja oleh kita selaku umat Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada oleh sesiapa sahaja, golongan remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa. Jika kita hidup di zaman baginda, nescaya bagindalah orang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya hidupnya, penampilannya sepertimana para remaja kita sekarang yang memuja dan meniru apa sahaja yang dipakai, dibuat, dilakuka...
Imej
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). Az-Zukhruf,Ayat 67  

Al Fatihah

Imej
Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah mangkat pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Semoga rohnya ditempat bersama orang-orang yang soleh... KUALA LUMPUR 30 Mac – Raja Ashman, anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meninggal dunia pada kira-kira pukul 6:30 pagi kerana serangan asma dan alahan. Almarhum meninggalkan seorang balu, Noraini Jane Kamarul Ariffin dan anak-anak Upacara pengebumian akan diadakan di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN

Sedekah

Imej
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :  " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

Sendiri punya...

Imej
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf encik, anda tidak dibenarkan makan sandwich Anda sendiri di sini!”… Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing…

ATM

Imej
Seorang pemuda bernama karim telah pergi ke mesin ATM berdekatan bagi tujuan urusan mengambil duit. Setibanya di mesin ATM tersebut, beliau pun melakukan pilihan menu di skrin. Sewaktu memasukkan nombor pin,seorang pemuda di belakang telah cuba menjenguk dan tersenyum jahat. karim merasa sangat takut dan risau lalu bertanya kat pemuda itu : Karim : Kenapa kamu pandang dan tersenyum seperti itu? Pemuda : Sebenarnya saya dah tahu nombor pin kamu. Karim : Kalau kamu tahu, Apa nombor pin saya? Pemuda : No pin awak ialah ***** betul tak? Karim : ???