Tahun melawat malaysia...masa ni saya baru darjah enam, lama tu...dah semakin tua teman ni...
Terung pipi, terung belanda, terung rembang banyak betul nama terung ni. pokok yang tak payah di tanam, insyaAllah sentiasa ada je tumbuh kat kebun, laman rumah dan belakang rumah...muaz suka terung ni buat sambal tumis dengan udang, ikan bilis pun ok jugak. dan ada yng kata terung pipit tak baik makan selalu-selalu sebab ada racun (alkolaid) Wallahualam...dua fdc di atas 1. sempena tahun melawat Malaysia 2. Tumbuhan ubatan.macam biasa ler n3 pendek-pendek je..
RESEPI KUIH Putu Beras BAHAN-BAHAN: 1 kg beras 1 kg gula 125 ml air CARA MEMASAK: 1. Goreng beras tanpa minyak sehingga rapuh dan kemudian dikisar. 2. Didihkan air bersama dengan gula. Masak sehingga bertali. 3. Biarkan sejuk dan dikikis menjadi serbuk. 4. Campurkan dengan beras yang telah dikisar hingga mesra. 5. Masukkan ke dalam acuan dan ditekan hingga mampat. 6. Keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang. SELAMAT MENCUBA
Resepi nya 2 biji bawang besar(dihiris) 4 tangkai daun kari (dihiris) 1 pokok ketumbar(dihiris) 3 Batang cili hijau ( belah dua dan dihiris) 1 sudu makan jintan putih 2 sudu besar cili serbuk 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukupnya Tepung kacang kuda (Agak2 je macam nak buat cucur bawang) 2 sudu tepung beras Air Cara masak : 1. Masukkan Semua bahan dalam bekas dan gaul rata.. 2. Masukkan air dan gaul lagi.. 3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan siap terima kasih empunya resepi...ambik dari fb
dengar-dengarlah wahai adik ku, kata nasihat dari ku, jangan kau malas menuntut ilmu demi masa depan mu, kasih pada ibu, sayang pada ayah, hormat pada guru, kasih pada semua, khidmat pada ibu, sayang pada ayah, hormat pada guru, kasih pada semua, cinta pada ALLAH taati rasul Nya, ikuti perintah jauhi larangan Nya, bekalkanlah diri mu dengan amal dan taqwa, agar kau bahagia di akhirat sana. lirik : Nadamurni
Ulasan