Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Jangan....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah ...

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling ...

burung

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung. Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...?? Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran. 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripad...

surat putus cinta

Imej
I WANT TO CUT CONNEC TI ON US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. Safe walk..

makan malam

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..." Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!" Setelah selesai makan... Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?" Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

3 pertanyaan...

Pemuda : Anda siapa Dan adakah dapat menjawab pertanyaan-pertanya saya? ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda : Anda yakin? Sedangkan ramai cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya. ustaz : Insyaallah,saya akan cuba jawab setakat yang saya mampu. Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:- 1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya. 2. Apakah yang dinamakan takdir. 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Adakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Tiba-tiba ustaz tersebut menampar pipi pemuda tadi. Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? ustaz : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya. Pemuda : Saya tak faham... ustaz : Bagaimana r...

jangan tinggal di buminya

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkeju...

kenapa akak kahwin...

Udin baru berusia 4 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin. "Kakak...kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah. "Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la...", jawab Kakak Udin. Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza. Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas. "Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim. "Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula. Udin tiba-tiba berasa amat gembira....