Rabu, 20 April 2016

Kolej Komuniti

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.

Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.

Perasmian kolej komuniti gerik,perak

Jumaat, 15 April 2016

Anak Angkat

TATACARA PERMOHONAN ANAK PELIHARA KE JKM
DEFINISI :Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / Bapa Peliharaan :
i) Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat berdasarkan Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
ii) Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah dibenarkan oleh Pelindung untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak berdasarkan Seksyen 35 atau 37 Akta Kanak-Kanak 2001.

Anak Pelihara : Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

OBJEKTIF :

Ibu Bapa Peliharaan
  1. Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul; dan
  2. Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara.
Anak Pelihara
  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang;
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi; dan
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.

SYARAT-SYARAT :
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang daripada 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  2. Surat pengesahan dari Pegawai Perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contoh: Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  2. Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) atau hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin.
  3. Borang Permohonan Anak Pelihara juga boleh dimuat turun dari laman sesawang www.jkm.gov.my

Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temuduga akan dijalankan oleh PKMD/J.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA :
  1. Menilai latar belakang sosial pemohon.
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian.

PERMOHONAN YANG DITERIMA DI PERINGKAT IBU PEJABAT JKMM.
  1. Semua pemohon akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka.
  2. Permohonan yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) daripada tarikh surat dikeluarkan.
  3. Anak pelihara akan ditawarkan kepada pemohon yang telah diletakkan dalam senarai menunggu oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat setelah Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara bersidang.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:
Bahagian Kanak-Kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Telefon: 03-83231000
 

Bilangan

Bilangan sperma (Sperm Count) merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari  bilangan sperma yang kurang dari tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, (World Health Organization, WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.

 Antara factor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.

Factor penyumbang kekurangan bilangan sperma


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti factor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :    

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesity
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.