Khamis, 10 September 2015

peria katak untuk kesuburan

 

Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.
peria katak ni sangat baik untuk diambik, dapat kurangkan gula dalam darah, turunkan tekanan darah dan elok juga untuk tingkatkan kesuburan tuan & puan .

peria dibuang bijinya, kemudian di blender..minum jusnya pagi dan petang. kalau buat ulam pun boleh juga. Insya Allah


"Bilangan sperma yang normal adalah sehingga 60 juta setiap sentimeter padu dan lelaki yang hanya mengeluarkan hanya 20 juta sperma disahkan mengalami masalah kesuburan"

hasil ujian sp.... saya bawah 20 juta..mulanya tu rasa sedih...tapi fikir-fikir balik, untuk lahirnya sorang insan tu...hanya perlu satu je dari suami (saya). Alhamdulillah selepas 3 bulan saya amalkan minum & makan peria katak...keputusan ujian sp..jadi semakin baik. dari 13 juta meningkat ke 150 juta. Allah maha berkuasa.

Rabu, 2 September 2015

Nisa


Selamat hari jadi nisa (2 tahun dah saya)..
lahir 31 Ogos 2013,
sekejap je rasa masa berlalu..penantian kami hampir 9 tahun. akhirnya Alhamdulillah..Allah kurniakan kami Siti Khairunnisa Bt Amir azwan @ muaz. semoga menjadi anak yng solehah..permata ayah & mama...amin
 


Maksudnya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.”
(Surah Al-Imran: 38)



Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”