Selasa, 30 Oktober 2012

Telur

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."
 
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang. Copy dari facebook
Musim buah manggis datang lagi...yang ni masih muda lagi, getahnya kalau kena baju kompom tak hilang

Asam gelugor....untuk dibuat asam keping

 

Ahad, 28 Oktober 2012

Buat sendiri..

Ganti kotak fius, dan buat wiring kat rumah sendiri...lama tak buat, jadi kena bukak buku lama masa sekolah vokasional...

Terbalik pulak gambar ni !

Alhamdulillah siap dan pendawaian tambahan berfungsi dengan baik. mula ingat nak upah orang pasang je, kira-kira balik macam mahal je.....pastu ulangkaji buku-buku masa sekolah dan tanya kawan lama..cuba buat sendiri. tapi pasanan dari muaz jangan cuba buat sendiri kalau tak der kemahiran, elektrik amat merbahaya kepada anda...

Rabu, 24 Oktober 2012

sampul surat hari pertama, panda merah

FDC panda merah


  Jom Kita Puasa......

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 



FDC Shenyang Imperial Palace....istana ini di bina pada tahun 1625 masihi.

jabal rahmah

 jabal rahmah, terletak dalam kawasan padang arafah. jamaah haji mula bergerak ke padang arafah untuk berwukuf .
Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji. Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabal Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.





Selasa, 23 Oktober 2012

FDC

Aku minta kepada Tuhan….
Setangkai bunga segar….
Ia beri kaktus berduri….
Aku minta rama-rama….
Diberi ulat berbulu….
Aku sedih dan kecewa….

Namun kemudian kaktus berbunga indah sekali….
Dan ulat itu menjadi rama-rama yang cantik….
Itulah kehendak Ilahi….
Indah pada masanya….

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan….
Tapi Allah memberi apa yang kita perlukan….

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka….
Tapi jauh di atas segalanya….
Allah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita….

Sumber: Sahabat lama
n3 ulang siar.... 
 
Sampul surat hari pertama Malaysia-Indonesia

Sampul surat hari pertama ikan air tawarikan sepat, ikan puyu, ikan kaloi dan sewaktunya.
 
 

Isnin, 22 Oktober 2012

Pejabat Pos

FDC pejabat pos...rugi kalau tak simpan setem-setem ni. Boleh jadi bahan sejarah suatu hari nanti...

Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya. sumber pos malaysia

Ahad, 21 Oktober 2012

Dipertuan Agong

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November 1927. Sultan Kedah yang ke-27. Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 pada tahun 1970 - 1975 dan ke-14 mulai 13 Disember 2011 untuk kali kedua.

Setem lama...Daulat Tuanku!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kelebihan Hari Jumaat

 
Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
 
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mewafatkan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Hari punya n3 tak sempat nak letak FDC / Setem.....

Khamis, 18 Oktober 2012

Setem lama

Setem lama.....koleksi tak seberapa. ada yang muaz beli, dapat dari kawan-kawan.
Setem kucing...

Rabu, 17 Oktober 2012

Pertemuan...

Pertemuan Tun Razak dengan Presiden Mao Zedong di Beijing, China

Dua sampul surat hari pertama jadi n3 hari ini...selamat melihat-lihat, kekadang ada kawan tanya...tak jemu ke simpan setem ? insyaAllah tak jemu.....

Selasa, 16 Oktober 2012

Duke dan Duchess of Cambridge

FDC sempena Duke dan Duchess of Cambridge mengadakan lawatan khas bagi pihak Ratu Elizabeth II sebagai sebahagian siri lawatan ke beberapa negara Komanwel sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu. FDC ni memang sangat cantik dan cun...

Setem lama dari album setem muaz.....

Isnin, 15 Oktober 2012



Menurut cerita orang-orang lama, dipercayai bahawa labu sayong telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau semasa pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan istana, menurut cerita juga Tuk keluk telah dianugerahi sebidang tanah oleh sultan, sebidang tanah di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Wallahualam... 
Setem untuk di lihat-lihat

Ahad, 14 Oktober 2012

Haji

Selamat menunaikan ibadat haji kepada jamaah haji Malaysia / bakal-bakal Haji...teringat kenangan haji 2011, arwah mak (mertua) muaz meninggal dunia di makkah. muaz tunai haji bersama isteri, bapak mertua, mak mertua. kalau ada rezeki elok pergi masa usia muda, sebabnya banyak pekerjaan haji memerlukan tenaga dan kekuatan. tapi semua itu atas kuasa Allah juga....kami nampak ada jemaah tu dah uzur sangat tapi semangatnya untuk beribadah kuat. hari-hari berjalan kaki ke masjid, dekat 1 km juga ke masjid untuk solat jemaah. pesanan muaz, simpan duit dan doa pastu gi daftar dgn tabung haji. untuk daftar haji, duit dalam akaun tabung haji kena ada rm 1,300.00 nanti tabung haji akan bagi tahun giliran kita akan tunai haji. kalau ikut giliran muaz dapat pergi pada tahun 2019, tapi bila dah cukup duit kita boleh merayu untuk pergi lebih awal.

Siapa kenal baju putih ni ?

Imam Muda Fakhrul, beraya di kuala kangsar..keluarga belah isterinya...

seterika arang dan bola


Seterika arang ni pemberian opah, kata opah...seterika ni di beli masa opah dan tok baru berkahwin....lama tu, tahun 40 an. sayang seterika ni pernah terbiar sekejap di bawah rumah, pemegang kayunya pun dah reput, tapi Alhamdulillah masih dapat di selamatkan lagi. opah dan tok pun dah tak der dah, Alfatihah...
Macam biasa..FDC milik muaz untuk dilihat-lihat

Sabtu, 13 Oktober 2012

Itik

Teringat masa kecik-kecik dulu, opah dan tok ada bela itik serati. bagi itik makan, nasik di campur dgn air, supaya itik tak tercekik...dan paling menarik itik tak mengeram telurnya, jadi opah dan tok letak kat telur ayam...ayam mengeram telur itik tu, bila menetas anak-anak itik tu akan ikut ibu ayam, anak ayam jalan-jalan cari makan.





Setem Itik liar

Jumaat, 12 Oktober 2012

PTSS dan kursus

Istana Arau

l
Lawatan ke stor PTSS, cantik dan tersusun
Baru sampai rumah....tiga hari duk kat Pauh In, Kursus stor dan petang  lepas habis kursus gi jalan-jalan sekitar kangar, arau, pauh dan padang besaq...

FDC dari England lama juga ni..tahun 1982

Isnin, 8 Oktober 2012

Tahun melawat Malaysia

Tahun melawat malaysia...masa ni saya baru darjah enam, lama tu...dah semakin tua teman ni...

Terung pipi, terung belanda, terung rembang banyak betul nama terung ni. pokok yang tak payah di tanam, insyaAllah sentiasa ada je tumbuh kat kebun, laman rumah dan belakang rumah...muaz suka terung ni buat sambal tumis dengan udang, ikan bilis pun ok jugak. dan ada yng kata terung pipit tak baik makan selalu-selalu sebab ada racun (alkolaid) Wallahualam...dua fdc di atas 1. sempena tahun melawat Malaysia 2. Tumbuhan ubatan.macam biasa ler n3 pendek-pendek je..

Ahad, 7 Oktober 2012

Za'ba

Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin
              Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan.

Koleksi setem-setem lama (tak lama sangat) yang ada dalam simpanan muaz. setem burung kuang, burung kenyalang dan lain-lain

Khamis, 4 Oktober 2012

Kucing Saya

Pada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang mnyediakan makanan di rumahnya..Entah bagaimana, seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..Malik mengekorinya dengan senyap2.."Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..Malik tetap mengekorinya..

FDC sempena Haiwan Peliharaan Kanak-Kanak
Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat . Di situ terdapat lubang kecil di celah batu2 itu. Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta . Rupa - rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan di dalam lubang........MashaAllah. Mari kita fikir-fikirkan
sumber e-mail kawan2

Kad Uniphone

 siapa pernah guna angkat tangan !
Kad uniphone ni muaz simpan masa remaja dulu-dulu, masa tu telefon bimbit masih mahal harganya. sekarang nak cari pondok telefon pun dah payah. macam-macam muaz simpan, satu persatu muaz akan letak kat blog syok sendiri ni. terima kasih pada yang sudi baca dan melawat blog muaz. nak tulis panjang-panjang tak pandai, kena pergi kursus menulis blog dulu...

Selasa, 2 Oktober 2012

Setem baru 2012

Jadual ni adakalanya akan berlaku perubahan sikit, keluaran dan tarikhnya kadang-kadang berubah ke tarikh lain. peminat dan pengumpul setem / fdc pastikan anda jangan terlepas setem-setem terbaru yang akan keluar. atau nak mudah, buka akaun SODA (akaun pesanan tetap) setem / sampul surat hari pertama akan dihantar terus ke pintu rumah anda. untuk maklumat lanjut layari laman web pos Malaysia


 Setem mawar ni unik sikit...setemnya berbau wangi


Buku setem 'punca rezeki tradisional' 21-6-2012


Isnin, 1 Oktober 2012

Duit-duit

Pulau cayman, kat mana negara ni ye? kepulauan Cayman merupakan salah satu Wilayah Luar Negeri British yang terletak di barat Laut Caribbean.



Koleksi muaz yang tak seberapa...