Ahad, 28 November 2010

roti khalifah Umar

Pada suatu hari Khalifah Umar bin khatab sedang makan.Utbah bin abu faqah datang hendak berjumpa dengan beliau atas beberapa urusan.Umar menjemput Utbah masuk dan menjemputnya makan bersama beliau.

Umar sedang makan roti,lalu beliau memberikan sepotong roti itu kepada tetamunya.Utbah menerima roti itu lalu cuba memakannya tetapi ia terlampau keras, "Mengapa tuan tidak mengggunakan tepung gandum yang lebih baik untuk roti tuan?" tanya Utbah

Dijawab oleh Umar, "Adakah tiap-tiap orang Islam mampu makan roti yang diperbuat daripada tepung gandum yang baik?""Tidak,tuan.." jawab Utbah.

"Nampaknya saudara mahu supaya saya menikmati segala jenis kemewahan dunia ini" kata Umar.

Semasa Saidina Umar Al Khatab menjadi khalifah tidak ada rakyat yang layak menerima bantuan daripada wang zakat yang dikumpulkan di perbendaharaan negara.

Wallahhualam...

Jumaat, 26 November 2010

Kalau sampai Ipoh



Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai
Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Rabu, 24 November 2010

kuaci




kilang kuaci kat china rasanya.....boleh makan sampai kenyang

Selasa, 23 November 2010

apa warna kereta anda


Jika dulu, kereta adalah lambang kemegahan dan kemewahan kerana jarang orang yang mampu memilikinya. Tapi kini ia sudah mampu dimiliki oleh ramai orang termasuklah remaja sendiri. Cuma tentunya bagi kereta yang berjenama biasa saja! Kereta mewah tetap untuk golongan yang berada saja! Walau apapun, tak dapat dinafikan kepentingan kereta bagi kita. Selain sebagai kemudahan, sudah pasti untuk bergaya! Sebab itulah ramai yang sanggup berhabisan untuk "mekap" kereta mereka! Bahkan dikatakan remaja lelaki menjadikan kereta sebagai aset untuk memikat si gadis jelita. Makin canggih kereta yang dimiliki, makin cun gadis yang bakal dipikat nanti! Pun begitu, sekarang ini bukan lelaki saja yang "gila"kan kereta bahkan ramai awek yang "kaki kereta". Sanggup berhabisan demi memastikan kereta kesayangan mereka cantik dan bergaya! Cayalah!
Tiap orang juga punya citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada yang terang atau cukup selesa dengan warna asal saja. Yang menariknya, warna kereta untuk dapat menggambarkan peribadi si pemiliknya. Nak tahu? Jom baca artikel ni sampai habis! Mungkin lepas ni kamu boleh perhatikan warna kereta si dia tu pula dan bandingkan sendiri kaitan warna kereta dengan pemiliknya.


Warna perak/silver
Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak "mahal" dan baru. Kalau nak diikutkan, sebenarnya warna silver atau perak merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Seperti juga kenderaan tersebut, pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan segera, lebih elok diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat!

Warna hitam
Ha.. ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personaliti pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. Mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi... kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai! Jangan sampai diperguna pulak!!!

Warna merah
Aduh! Merahnya Mak Ngah! Tampak gagah sekali ketika "menjalar" di atas jalan raya. Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu, oleh kerana mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami biarpun kadangkala angin "satu badan" melanda!

Warna biru
Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Ah! Biasalah kan... . kalau marah-marahpun, keadaan itu tak kan berubah juga! Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusi dibuatnya!

Warna hijau
Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Jadi, tak hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor membuatkan mereka popular di kalangan teman-teman. Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya... .

Warna kuning
Pemilihan warna ini tampak menonjol sekali. Mungkin sesuai dengan si pemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu. Alah.. apa salahnya sesekali mereka pula yang mulakan ek? Tak rugi apa pun...

Warna putih
Dari awal lagi memang mereka tertarik dengan warna putih biarpun ramai orang yang tak begitu gemarkan warna itu. Bukan apa, mudah sangat nampak kesan kotornya! Apa personaliti mereka ini pula? Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Biarpun kenderaan mereka warna putih tapi tetap kelihatan bersih berkilat tau! Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara!

Jenis kereta
Dalam memilik jenis kenderaan, masing-masing juga punya "taste" tersendiri. Ada yang nakkan kereta mereka lebih sporty. Misalnya kereta yang bahagian belakangnya pendek. Kononnya kereta ini nampak lebih ranggi! Tidak kurang juga yang lebih cenderung pada jenis klasik yang lebih nampakkan kematangan pemiliknya serta mewah!

"Sporty"
Kereta jenis ini menampilkan pemiliknya seorang yang lasak, bergaya dan berjiwa muda. Sebab itulah selalunya remaja yang menggemari kereta ini. Mereka juga seorang yang "out going" dan mudah menjalinkan hubungan dengan sesiapa saja. Jadi tak hairanlah jika mereka ini ramai kawan! Kelemahan mereka, agak kurang berhati hati dan mudah bertindak melulu. Lepas sesuatu masalah muncul barulah mereka menyesal. Tak ada gunanya beb!

Klasik
Mereka ini lebih matang dalam hidup. Sudah habis zaman mereka berfoya-foya tak tentu hala. Mereka lebih serius dalam mengatur karier hidup agar kehidupan mereka lebih terjamin di kemudian hari nanti. Selain itu, mereka juga cukup sabar dan berhati hati dalam setiap tindakan


sumber : muaz dapat email ni dari seorang rakan.

Isnin, 22 November 2010

7 AYAT CINTA





1. B
ismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. A
lhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. A
stagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. I
nsyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. L
ahaulawalaquwataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. I
nnalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. L
aailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Ahad, 21 November 2010

Anda Tergolong Dalam Peringkat Mana??

Golongan 1- Golongan jatuh jadi kafir

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2- Golongan dosa dan derhaka

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3- Golongan Fasik

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4- Golongan Lalai

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5- Golongan awamul muslimin

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6- Golongan Lemah (Mujahadah)

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga! Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa - apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7- Golongan orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8- Golongan Muqarrabin (golongan yang dekat dengan Tuhan)

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9- golongan “As-Siddiqin”

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kala! u ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Selasa, 16 November 2010

selamat hari raya

Selamat hari raya aidil adha

Ahad, 14 November 2010

Siapa anda....



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sabtu, 13 November 2010

hobi





hobi muaz dari kecik sampai lah dah tua.....tak jemu-jemu.

Khamis, 11 November 2010

biri-biri + babi


babi di kahwinkan dengan biri-biri....apa nak jadi,semua benda nak dikahwinkan.haram di kahwin dengan halal hukumnya tetap haram.
"firman Allah yang bermaksud: Diharam atas kamu bangkai, darah dan daging babi (al-Maidah: 3) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai, atau darah mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor" (al-Anam: 145).

Isnin, 8 November 2010

baju yang boleh dimakan



ni lah baju yang boleh dimakan....sambil berjalan kita boleh makan buah-buah ni

Isnin, 1 November 2010

zoo dan muzium


kat zoo negara



melawat muzium

Menginap kat hotel MAYC