Khamis, 30 Jun 2011

Itik



Pada suatu masa dahulu ada dua ekor itik dan seekor kura-kura yang berkawan baik, tinggal di sebuah tasik yang sedang dilanda kemarau. tasik itu dahulunya sangat cantik dan didiami berbagai jenis binatang, unggas. binatang-binatang yang tinggal di situ telah lama meninggalkan tempat itu kerana kawasan tasik itu semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman.

Keadaan kemarau semakin teruk, dua ekor itik itu juga mahu berpindah ke kawasan lain. kura-kura berasa risau kerana kawan baiknya ingin meninggalkan tasik itu. dengan keadaannya yang bergerak lambat serta tidak boleh terbang, mustahil untuk dirinya mengikuti mereka. Kura-kura bertanya kepada kawan-kawannya

"Kamu hendak berpindah ?, aku pasti akan mati kekeringan di sini. aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Kura-Kura.jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah,"

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke tempat baru itu dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?"

"kalau begitu aku setuju,"

Terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"kura-kura! engkau semulajadinya tak boleh terbang, tapi ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura tetap bersabar dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan jatuh ke tanah.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang tanpa mempedulikan ejekan budak-budak nakal. Dalam meneruskan perjalanan, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Budak-budak itu begitu kagum dengan keberanian kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat kamu, " kata budak-budak itu kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'Terima kasih kerana memuji, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik bersama kawan-kawan ku ini"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Semasa diejek, kura-kura begitu bersabar terus menggigit kayu, tetapi kura-kura lupa seketika pada dirinya dan akhirnya terhempas kerana pujian...

Begitu juga dengan kehidupan harian, kebanyakan kita akan bersabar apabila dihina tetapi kita mudah lupa dan kalah dengan pujian-pujian.

Macam mana ye…kura-kura bersembang dengan itik…mesti riuh rendah!

Rabu, 29 Jun 2011

20 sen

"Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Oooh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan aku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik. (Sumber : Dari email kawan)

Selasa, 28 Jun 2011

Bermuka dua


Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Kamu mendapati antara manusia yang terjahat adalah yang 'bermuka dua', ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah dan mendatangi kelompok yang lain dengan wajah yang lain." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Sikap bermuka-muka juga adalah salah satu ciri-ciri yang ada pada orang-orang munafik....

Isnin, 27 Jun 2011

Gagap



Daripada Aishah r.anha katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya):
“ Orang yang mahir dalam membaca Al-Quran adalah bersama dengan para malaikat yang mulia dan orang yang tidak mahir membaca Al-Quran dan tergagap-gagap dalam membacanya namun berusaha dengan keras untuk membacanya (mempelajarinya) akan memperolehi dua ganjaran.”(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Ahad, 26 Jun 2011

Paling buruk


Daripada Aisyah r.ha , Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya" (riwayat al-Bhukari dan Muslim)


Jumaat, 24 Jun 2011

Pokok epal..


"Suatu masa dahulu, ada sebatang pokok epal yang amat besar sekali. Seorang budak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga suka dan sayang budak itu.

Masa berlalu...

Budak lelaki itu sudah besar. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu." Aku bukan lagi budak-budak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak lelaki itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jual lah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Dengan gembiranya ia memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, budak lelaki itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku kena bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina sebuah rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarga ku. Boleh kah kau menolong aku?".

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahan ku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Lalu ia  memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun turut gembira tetapi kemudianya merasa sedih karana budak lelaki yang sudah dewasa itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epel itu."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah Berjaya,aku bercita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai kapal. Bolehkah kau menolong ku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai kapal untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh menebang aku  untuk dijadikan kapal. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buah ku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat kapal. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada sedih."

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, mari berehat di perduku," kata pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal. Pokok epal dan lelaki tua itu menangis kegembiraan.

Pokok epal yang di maksudkan di dalam cerita itu adalah ibarat mak ayah kita….mari fikir-fikirkan, sepanjang mak ayah membesarkan kita banyak pengorbanan dilakukan, tapi kadang-kadang kita lupa dan tak menghargai pengorbanan mereka. Masa susah ingat mak ayah, bila kita senang sikit lupa pada mak ayah. (Sumber: Dari sembang2)

P.s: kalau jumpa pokok yang boleh cakap, muaz rasa lebih baik lari jangan tunggu!

Khamis, 23 Jun 2011

Dua

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah AZAB neraka itu amat mengerikan..

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT, 
Tidak terduga dan terlintas di fikiran, mata Kita...

 Rukun ISLAM yang 5 itu,
  Puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk
surat tanpa melekatkan setem...
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya...Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda...Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sumber: email dari kawan

Rabu, 22 Jun 2011

Pewaris

Daripada Abu Darda' r.a, Nabi s.a.w bersbda yang bermaksud:

"Sesungguhnya para ulama' adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna." (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi,Ibn Majah dan Ibnu Hibban)

Selasa, 21 Jun 2011

5 sebab

Muhammad Ad Duri berkata, celakanya iblis di atas 5 sebab:
1. tidak mengakui dosa 
2. tidak merasa menyesal 
3. tidak mencela diri sendiri 
4. tidak pernah berazam untuk taubat
5. putus dari rahmat Allah .... 
       mari kita sama-sama muhassabah diri ...

Isnin, 20 Jun 2011

Kalau


كالاو سكيراڽ كامي تورونكن القرءان اين ك اتس سبواه ڬونوڠ....نيسچاي اكن اڠكاو
ليهتله ڬونوڠ ايت توندوق تر­ڤچه-بله دسببكن تاكوت كڤد الله دان ڤرومڤام­ان-ڤرومڤامان 
ايت كامي ڤربوات اونتوق مأنسي سوڤاي مريك برفيكي



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (riwayat Muslim)

Ahad, 19 Jun 2011

cakap-cakap


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan menduka citakannya.”
(al-Bukhari dan Muslim) 

1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
 
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
 
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
 
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.
hadis harian JAKIM

Khamis, 16 Jun 2011

Wahan


Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasululah s.aw  bersabda;  
 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasululah ? "Nabi s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".  H.R. Abu Daud 

Rabu, 15 Jun 2011

Rukun kita


 Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab r.a berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Islam di bangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah(tuhan) yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Tirmizi dan Muslim)

Rukun Islam 
1. Mengucap dua Kalimah Syahadah.
2. Solat Lima Waktu.
3. Puasa di bulan ramadhan.
4. Zakat.
5. Haji di Baitullah (bagi yang mampu)

Rukun Iman 
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Rasul. 
3. Percaya kepada Malaikat.
4. Percaya kepada Kitab.
5. Percaya kepada Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qada dan Qadar.

Isnin, 13 Jun 2011

Senja


Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.” (Riwayat muslim)

1. Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.
 
2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.(Hadis Harian JAKIM)

Ahad, 12 Jun 2011

maaf

Maaf  Ya Allah jika hamba lupa dengan semua nikmat dariMu

Maaf  Ya Allah jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yang lain

Maaf  Ya Allah jika hamba merasa paling benar diantara makhlukMU

Maaf  Ya Allah jika hamba melengah sholat fardhuMu

Maaf  Ya Allah jika lisan hamba menyakiti mahlukMU
 sumber : kata-kata hikmah

Jumaat, 10 Jun 2011

Dhab

 
Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku tidak memakannya dan aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat: “Rasulullah SAW didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya.” (Riwayat Muslim).


Memang terdapat hadits yang banyak dalam Bukhari Muslim yang menjelaskan tentang binatang ini iaitu dhab yang halal dimakan. Para sahabat pun memakan dhab sedangkan Rasullah SAW melihatnya, bahkan Baginda tidak menghalang dan menegah para sahabat untuk memakannya. Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Ia tergolong dalam keluarga cicak. Nama saintifiknya ialah Uromastyx aegyptius microlepis. Dhab merupakan binatang berdarah sejuk yang tergolong dari jenis reptilia bertelur. Dhab juga adalah binatang herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan. Cara kehidupan dhab ialah ia banyak menghabiskan masanya dalam lubang-lubang yang digali untuk menyembunyikan diri atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung daripada ancaman musuhnya termasuk manusia. Dhab mempunyai kulit yang bersisik tebal di atas badan dan ekornya, panjang bagi seekor dhab lebih kurang dari 14 hingga 36 inci atau lebih.
Sumber : Hadis harian JAKIM 



Khamis, 9 Jun 2011

10 fakta yang menarik

1 - Cuba tengok zip seluar anda,tertera
huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang kita pakai sekarang.


2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.(betul ke?)


3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing.Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.


4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.(muaz tak pasti betul ke tidak)


5 - Pada tahun 1830,ketchup(sos tomato) digunakan sebagai ubat bukannya perasa
tambahan pada makanan.


6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos.Dengan ketiadaa akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..


7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera.Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.


8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah
'flutterby'.


9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.


10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya
enam kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.


Kalau tersalah fakta muaz mohon ampun.....

Rabu, 8 Jun 2011

Takut

10 perkara yang membuatkan rasa takut

Takut mati sebelum sempat bertaubat.
Takut istidraj dalam nikmat.
Takut tidak beristiqamah dalam beramal.
Takut kesudahan hidup yang buruk.
Takut sakaratulmaut, azab kubur, soal  jawab dalam kubur.
Takut berdiri di padang Masyar.
Takut Menyeberangi Siratul Mustaqim.
Takut akan bahangnya Api Neraka.
Takut tidak dibenarkan masuk ke dalam Syurga.
Takut terhijab kepada Allah.

Selasa, 7 Jun 2011

Belajor

Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi 
 Sumber:Hamba Allah

Isnin, 6 Jun 2011

Salam


Daripada Anas bin Malik r.a , Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan." Riwayat Al-Tirmizi

Ahad, 5 Jun 2011

Naik kenderaan



Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. (Az-Zukhruf : 13-14)




Khamis, 2 Jun 2011

Asar

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”(al-Bukhari)



Huraian
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.sumber: Hadis harian JAKIM

Rabu, 1 Jun 2011

Diwarisi


IMAN
bukan untuk diwarisi tetapi perlu dicari.

Berkawan dan hampirilah ulama' serta ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.