Ahad, 24 Februari 2013

Istana tepas

Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak, oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.


Sultan Brunei ke-24


Sultan Abdul Momin ibni Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab (1785-1885), Sultan Brunei ke-24 memerintah Negara Brunei Darussalam (dengan jajahan takluk merangkumi wilayah Sarawak dan Sabah hari ini) dari 1852 hingga 1885.

Kronologi Pemerintahan:

1852- baginda naik takhta. Baginda masyhur dengan sifat baginda yang adil, bijak, kuat beribadat dan berkeramat.

1853- baginda membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hak-hak kekuasaan kedua belah pihak.

1856- baginda membuat perjanjian dengan Inggeris mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang melalukan kesalahan jenayah dan pertelingkahan di Brunei.

1858- Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh setelah dilemaskan oleh pengkhianat-pengkhianat.

1868- Wang pitis Kesultanan Brunei dikeluarkan dengan mengunakan corak panji-panji negara yang telah diubah. Wang pitis ini (dikenali sebagai Pitis Payung) diukir oleh Chua Chong Chee pada tahun 1285 hijrah (1865) dengan ukiran jawi di bahagian belakang tertulis, "ini lah perintah kemuafakatan ke atas belanja Negeri Brunei 1285"

1877- baginda membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah-wilayah Brunei di Sabah.

1884- baginda menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Anak Hashim menyerang Limbang kerana penderhakaan berlaku di sana kemudiannya pemberontakan dapat diamankan.

1885- baginda membuat pengisytiharan untuk mengamanatkan supaya wilayah-wilayah Brunei termasuk Limbang tidak diserahkan kepada kuasa-kuasa asing.

1885- baginda mangkat dalam usia lebih 100 tahun.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Momin
http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Momin
http://baca-bebas.blogspot.com/2011/02/bendera-brunei.html
— with Kenny Ong Yew CHuan.

Sabtu, 23 Februari 2013

RESIPI KEK PAUN

Tak cantik...tapi sedap untuk di jamah


Bahan-bahan :
  1. 125 gm tepung gandum
  2. 125 gm mentega
  3. 125 gm gula
  4. 2 biji telur
  5. 1 sudu besar susu pekat
  6. 1 sudu teh baking powder
  7. 1 sudu teh vanila
  8. kismis dan ceri (ikut suka)

Cara membuat:
  1. pukul gula dan mentega - kembang
  2. masukkan telur yang telah diputar hingga kembang
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit ( Tepung telah diayak dengan baking powder)
  4. masukkan vanila.
  5. masukkan kismis / ceri
  6. masukkan dalam acuan yang telah dilencerkan dengan mentega.
  7. bakar dalam ketuhar / oven..45 minit, suhu 150c