Jumaat, 31 Disember 2010

Abu Talhah dengan solatnya

Abu Talhah r.a. pada suatu hari, sedang mendirikan solat di dalam kebunnya. Tiba-tiba perhatianya telah tertarik kepada seekor burung yang telah sesat di antara timbunan daun-daun yang tebal. Matanya mengikuti  gerak-geri burung itu sehingga ia terlupa bilangan rakaat yang telah dilakukannya. Kelalaianya telah menimbulkan kekesalan yang tidak keruan di dalam hatinya. Selepas menghabiskan solatnya itu, dia berjalan ke arah rumah Nabi. Setiba di hadapan Nabi, dia pun berkata:
"Ya Rasulullah, kebunku telah menyebabkan aku lalai dalam solat. Aku mendermakannya pada jalan Allah. Tolonglah pergunakannya dengan cara sebaik-baiknya."
Peristiwa yang hampir-hampir sama telah berlaku kepada salah seorang Ansar. Dia telah mendirikan solat dalam kebunnya. Tiba-tiba matanya terpandang kepada buah-buah yang telah masak ranum yang bergantungan di dahan pohon-pohonnya. Ini menyebabkan ia lupa bilangan rakaat yang telah dilakukannya. Hatinya sedih tidak terkira. Ansar itu membuat keputusan untuk mendermakan kebunnya itu. Diserahkan kebun itu kepada Saidina Usman. Oleh Usman, kebun itu dijual sebanyak lima puluh ribu dirham dan wang itu dibelanjakan pada jalan Allah.

P/s : mari sama-sama kita ambil iktibar dari cerita di atas, termasuklah tuan blog ni....Wallahualam.

Khamis, 30 Disember 2010

Jalan taubat

Al-Hasan Al-Basri berkata:

"Nabi s.a.w bersabda: Ketika Allah menurunkan iblis ia berkata: Demi kemulian-Mu, Aku tidak akan melepaskan anak Adam sehingga dia terpisah dengan ruhnya. Maka dijawab oleh Allah: Demi kemulian dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan menutup jalan taubat dari hamba-Ku sehingga ruhnya berada di tenggorokanya (hampir mati)."

betapa kasihnya Allah pada hamba-hambanya,Marilah kita cintakan Allah, Kasihkan rasul dan sayangkan Ibu dan Ayah.Amin...

Rabu, 29 Disember 2010

menyesal

 Seorang ulamak tabiin berkata:
"Adakalanya seorang yang berdosa, selalu teringat akan dosanya dan menyesal serta minta ampun pada Allah sehingga dia masuk syurga, sehingga syaitan mengeluh: Celakalah diriku, andaikata aku tahu nescaya tidak aku jerumuskan dia ke dalam dosa itu"

Selasa, 28 Disember 2010

Datang melawat

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,sedangkan aku diutus oleh  Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MALAIKAT IZRAIL menziarahi kita SETIAP 21 minit.

Ahad, 26 Disember 2010

Pengajian...

Seorang hakim ditanya: Mengapakah kami mendengar pengajian tetapi tidak dapat mempergunakannya?
Jawabnya: Kerana lima sebab...
  • Allah telah memberi nikmat kepada kamu tetapi kamu tidak bersyukur.
  • Kamu telah membuat dosa tetapi tidak istighfar (minta ampun).
  • Kamu tidak suka mengerjakan apa yang sudah kamu ketahui dalam pengajian.
  • Kamu bersahabat dengan orang-orang yang baik tetapi tidak meniru amal baik mereka.
  • Kamu selalu menguburkan orang mati tetapi tidak mengambil iktibar darinya.

Khamis, 23 Disember 2010

leher unta

"Abul-Laits meriwayatkan dengan sanatnya dari mujahid berkata: Sesungguhnya di neraka jahanam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta, dan kala sebesar keldai, maka larilah orang-orang ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku, dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari ke neraka"

Rabu, 22 Disember 2010

5 syarat

Kata imam Al Ghazali :

Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut daripadanya (engkau pastikan pada dirinya) 5 syarat :

  1. Berakal.
  2. Baik akhlaknya.
  3. Taat perintah Allah.
  4. Tidak tamak dengan dunia.
  5. Bukan pendusta.
 
 

Selasa, 21 Disember 2010

tenggelam

"Luqman Al -Hakim berkata kepada anaknya: hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam di dalamnya kebanyakan manusia, kerana itu perahu di dunia ini taqwa kepada Allah"

Isnin, 20 Disember 2010

tukang gunting rambut

Seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting rambut itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu?, kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar ? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan
 Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting rambut itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut  panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting rambut juga tidak wujud?''

''kenapa kamu kata macam tu?, Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi''. kata tukang gunting rambut.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan janggut yang panjang, kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah! Tukang gunting rambut memang wujud ! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!''.kata tukang gunting rambut.

''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.
''That's the point !... Allah juga wujud. Itulah yang
terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali pada Allah untuk memohon pertolongan.''
 
sumber : email dari kawan lama muaz

Ahad, 19 Disember 2010

Mesti ada hikmahnya

 
Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata,
"Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata,
"Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata,
"Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang  patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka,
"Mesti ada hikmahnya."

Anugerah paling gemilang

JASA ANDA DI DUNIA
ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang
- Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang
- Neraka WAIL sedang terbuka menanti anda
3. Meringan-ringankan syariat
- Mendapat pandangan murka Allah
4. Mengumpat peribadi orang
- Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah
- Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan
- Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia
- Kemurkaan Allah bersama mu...
8. Menyakiti hati orang dengan lisan
- Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk
- Amalan baik diambil orang

Jumaat, 17 Disember 2010

Kawan Baik




Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi
kawan yang baik .

Kawan yang baik
tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya
kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik
tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik
adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.


Kawan yang baik
adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.

Kawan baik
menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.


Kawan yang baik
tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.

Kawan yang baik
tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik
.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik
, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik
nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah
kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah
kawan yang baik jika kita
menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana
kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada
kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada
kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
kawan yang baik kepada
kawan baik
nya.

Dan kalau kita nak dapat
kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang
kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi
kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Khamis, 16 Disember 2010

Mana milik kita



Mana milik kita, tidak ada milik kita,
Semua yang ada, ALLAH yang punya,
Tidak ada kita punya, kita hanya mengusahakan saja,
Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya,


Kita Allah punya, bumi langit ciptaannya,
Miliklah apa saja, tidak terlepas dari ciptaannya,
Mana kita punya, tidak ada kepunyaan kita,
Kita hanya mengusahakan, apa yang telah ada,


Mengapa kita sombong, memiliki tuhan punya,
Mengapa tidak malu kepada tuhan yang empunya,
Patut bersyukur kepada tuhan yang memberi segalanya,
Malulah kepada tuhan kerana milik ia punya,


Janganlah berbangga apa yang ada pada kita,
Kalau tuhan tidak berikan kita tidak punya apa-apa,
Janganlah mengunkit, mengunkit jasa kita,
Jasa kita di sisinya saja, yang sebenarnya tuhan punya,


Marilah kita bersyukur, bukan berbangga,
Bersyukur kepada tuhan, bukan mengungkit jasa,
Gunakanlah nikmat tuhan itu, untuk khidmat padanya,
Selepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ngungkitnya,


Sumber: Album bila nur melimpah di hati, Nadamurni.


 p.s: gambar muaz dengan Allahyarham ustaz asri kurang memuaskan kemera murah :-)

Rabu, 15 Disember 2010

Lindungan Arasy


Tujuh golongan dilindungi Arasy Allah di padang masyar :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah.
  3. Seorang yang hatinya tergantung kepada masjid (menjaga solat jemaah).
  4. Dua orang yang saling menyintai (kasih sayang) kerana Allah baik ketika bertemu atau berpisah.
  5. Seorang yang ingat kepada Allah  ketika sendirian lalu menitiskan air mata kerana takut kepada Allah.
  6. Seorang yang bersedekah dirahsiakan sehingga yang di kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh kanannya.
  7. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita yang cantik untuk berzina lalu dia berkata, Aku takut kapada Allah.
agaknya kita termasuk dalam tujuh golongan ni ?
kalau muaz payah ler....amal ibadat kekadang ada musim, ada masa rajin ada masa malas.macam mana nak dapat lindungan arasy Allah....

Selasa, 14 Disember 2010

paling ringan

Nabi s.a.w bersabda: sesungguhnya seringan-ringan seksa ahli neraka iaitu seorang yang bersandalkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan dia merasa bahawa dialah yang terberat seksanya dari semua ahli neraka, padahal dia yang sangat ringan seksanya dari semua ahli neraka.

Ahad, 12 Disember 2010

5 kali seru

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali 
 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

 

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
 

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
 

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
 

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Khamis, 9 Disember 2010

Pantun Mari Sembahyang yang manja ……….


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!


pantun ni muaz dapat  dari email sorang rakan, menarik pulak terus letak kat sini.sama2 kita ambik iktibar darinya

Otak

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun mendapat satu akal…
Guru : Anak-anak, nampak tak pen ni?

Anak-anak: Nampak, cikgu.

Guru : Pen ada kan?

Anak-anak: Ada, cikgu.

Kemudian guru tadi pun memasukkan pen itu ke dalam poket bajunya, kemudian bertanya lagi.

Guru : Anak-anak, nampak tak pen?

Anak-anak: Tak nampak, cikgu.

Guru : Pen ada tak?

Anak-anak: Tak ada, cikgu.

Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?

Anak-anak: Tak nampak, cikgu.

Guru : Tuhan ada tak?

Anak-anak: Tak ada, cikgu.

Guru : tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam banyak-banyak budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia minta pun mengangkat tangan.

Budak : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru : Boleh, mari ke depan.

Budak : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Kawan-kawan : Nampak.

Budak : Cikgu ada, kan?

Kawan-kawan: Ada.

Budak : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Kawan-kawan: Tak nampak.

Budak : Cikgu ader otak tak?

Kawan-kawan: Tak ada.

Moral of the story, bila tak nampak, tak semestinya tak ada! Sayangi agama kita dengan ‘amal ma’ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi?

Wallahu a’lam.

dari muaz : cerita atas ni nampak agak kurang sopan dan adab antara murid dengan guru, tetapi untuk menyelamatkan iman, terpaksa kurang ajar sikit dan berhikmah....mcm cerita diatas

Selasa, 7 Disember 2010

kubah


"Lepas makan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat isyak kat masjid. Jangan melawan, Emak memberi isyarat kat aku.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam menghampiri masjid, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaibnya...terpaku aku sekatika.....

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Itulah, pergi masjid malas....berapa lama engkau tak ke masjid? bulan puasa pun lambat lagi nak..."

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.


"Dia orang tengah baik masjid, bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah masjid dia orang angkat letak kat bawah..," sambung Abah lagi.


P/S rajin-rajin ler gi masjid, termasuk empunya blog dan rakan2 semua.

Isnin, 6 Disember 2010

1 muharam

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW,ahli keluarga sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai tuhan,Engkaulah yang kekal abadi,yang qadim.yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanmu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tentera dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintah melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai tuhan yang maha agung dan maha mulia.

Wahai Tuhan yang maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad.Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Amin

Manusia, Malaikat, Syaitan...




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat- bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat- Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat- menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan
bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpi ler...haha,jadi geng aku kat sana nanti)

Jumaat, 3 Disember 2010

hakikatnya..kita bernikah



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS , maka pasangan akan bertengkar jika
layanan tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA , maka pasangan bakal lari jika kita
jatuh miskin.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN , pasangan bakal lari jika kecantikan kita kian pudar dimamah usia.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT , maka pasangan akan cari alasan
untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN , pasangan akan lari jika
kita berubah tingkah laku.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA , hati manusia itu tidak tetap dan
mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, manusia yang dicintai pasti
MATI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH , sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA . Dan ALLAH mencintai
hamba NYA melebihi seorang ibu mencintai anaknya. Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai
ALLAH.

Khamis, 2 Disember 2010

99

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan hina orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bertemu dan berpisah kerana Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila janji tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Berkahwinlah apabila sudah bersedia;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin,perasaan yng buruk sangka dalam diri;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering bersalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan
pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih susah daripada kita dan
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong
kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan
dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun
orang itu tidak memahami perasaan kita;
88. Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada fitnah yang
berkaitan dengan kawan kita sebelum pasti akan
kebenarannya;
94. Jangan menunda pelaksanaan tugas dan
kewajipan;
95. Sambutlah salaman setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah pada setiap ujian, cubaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.