Selasa, 7 Disember 2010

kubah


"Lepas makan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat isyak kat masjid. Jangan melawan, Emak memberi isyarat kat aku.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam menghampiri masjid, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaibnya...terpaku aku sekatika.....

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Itulah, pergi masjid malas....berapa lama engkau tak ke masjid? bulan puasa pun lambat lagi nak..."

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.


"Dia orang tengah baik masjid, bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah masjid dia orang angkat letak kat bawah..," sambung Abah lagi.


P/S rajin-rajin ler gi masjid, termasuk empunya blog dan rakan2 semua.

6 ulasan:

chittysarah berkata...

hahahha~~
terpedaya~~
insyaallah merajinkan diri ke masjid~~

Luffy berkata...

bereh2...^^

Qaseh Qistina berkata...

hehe....tersirat dlm tersurat..

NOOR FATIN berkata...

huhu alahai..

Muhamad Aizie berkata...

salam .
hahah . kelakar pulak baca entry kli ni . tersentap jap . lama tak pergi masjid. seminggu sekali je pergi . heheh

tihara berkata...

salam singgah>

entry menarik, buat ku ketawa sendirian :0