Ahad, 31 Oktober 2010

akhlak bunga diri



mari sama-sama hayati nasyid ni....

Jumaat, 29 Oktober 2010

inovasi dan kreatif


Isnin, 25 Oktober 2010

dengarlah adikku sayang



dengar-dengarlah wahai adik ku,
kata nasihat dari ku,
jangan kau malas menuntut ilmu
demi masa depan mu,

kasih pada ibu,
sayang pada ayah,
hormat pada guru,
kasih pada semua,

khidmat pada ibu,
sayang pada ayah,
hormat pada guru,
kasih pada semua,

cinta pada ALLAH taati rasul Nya,
ikuti perintah jauhi larangan Nya,
bekalkanlah diri mu dengan amal dan taqwa,
agar kau bahagia di akhirat sana.

lirik : Nadamurni




Ahad, 24 Oktober 2010

kahwin

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
''janganlah kamu mengahwini perempuan kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan terhadap mereka sendiri dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana mengharap harta kekayaan mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong, tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama'' (H.R Baihaqi)


Sabtu, 23 Oktober 2010

Tanda-tanda orang munafik


1. Hati berpenyakit,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah oleh Allah penyakit itu.Mereka akan mendapat seksa yang pedih kerana berdusta. (Al-Baqarah:10)

2. Melakukan kerosakan di bumi,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Apabila dikatakan kepada mereka: ''janganlah kamu melakukan kebinasaan di muka bumi ini, jawapnya: sesungguhnya kami melakukan kebaikan. ketahuilah sesungguhnya mereka itu benar-benar melakukan kebinasaan tetapi mereka itu tidak sedar. (Al-Baqarah:11-12)

3. Menuduh orang-orang beriman bodoh,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Apabila dikatakan kepada mereka: ''Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman'' mereka berkata: ''Masakan kami beriman sebagaimana orang-orang bodoh beriman''. (Al-Baqarah;13)

4. Keras kepala dan megah melakukan dosa,

Maksud hadis:
Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara; apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi janji dan apabila bertengkar berbuat jahat.

5. Membantu orang-orang kafir (membantu dalam perkara mungkar dan dusta),

Firman Allah swt yang bermaksud:
Sampaikan khabar berita kepada orang-orang munafik,bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya,iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. (An-Nisa':138-139


6. Menipu, riya' dan malas,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah, dan Allah pula telah membalas tipu daya mereka (dengan mereka dalam keadaan munafik). mereka apabila berdiri hendak sembahyang,mereka berdiri dengan malas. mereka riya' kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali. (An-Nisa:142-143)

7. Menyuruh melakukan kemungkaran dan melarang melakukan kebaikan,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain, mereka masing-masing menyuruh perbuatan jahat dan melarang daripada perbuatan yang baik. (At-Taubah:67)


Wallahualam...


Jumaat, 22 Oktober 2010

untuk renungan...



"Allah Maha lembut tadbir-Nya kepada hamba-hamba-Nya;
Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya,
dan Dialah yang Maha kuat lagi Maha kuasa."
(surah al-syura : 19)

Selasa, 19 Oktober 2010

Syukur...


Suatu hari,seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Dia begitu miskin di mana, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si Miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja!'' Akhirnya Si Miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang yang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya, juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu”. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur

kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab Si Kaya itu. Akhirnya Si Kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian, Si Kaya bertambah kaya. Di mana, Allah SWT telah melipat gandakan kekayaannya karana beliau selalu bersyukur, sedangkan Si Miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatannya sehingga Si Miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karana dia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Cili benggala (capsicum)


Akhirnya pokok capsicum muaz berbuah,cuma sebijik je.....Alhamdulilah rezeki dari Allah.Mungkin tak cukup baja....

Rabu, 13 Oktober 2010

Doa solat Dhuha




“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

rajin-rajin solat sunat dhuha, moga Allah murahkan rezki kita...

Isnin, 11 Oktober 2010

manggis





panduan untuk mengupas manggis.saya dapat email dari sorang kawan,menarik pulak...lalu letak kat blog muaz

Ahad, 10 Oktober 2010

solat jemaah...kat china



solat hari raya kat china...

Isnin, 4 Oktober 2010

jujur


"kejujuran adalah sebuah kekuatan
kejujuran menjadikan kita kuat, kerana ia berpihak pada kebenaran.
orang yang jujur tidak akan tertipu dan tidak akan berasa bimbang."