Sabtu, 23 Oktober 2010

Tanda-tanda orang munafik


1. Hati berpenyakit,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah oleh Allah penyakit itu.Mereka akan mendapat seksa yang pedih kerana berdusta. (Al-Baqarah:10)

2. Melakukan kerosakan di bumi,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Apabila dikatakan kepada mereka: ''janganlah kamu melakukan kebinasaan di muka bumi ini, jawapnya: sesungguhnya kami melakukan kebaikan. ketahuilah sesungguhnya mereka itu benar-benar melakukan kebinasaan tetapi mereka itu tidak sedar. (Al-Baqarah:11-12)

3. Menuduh orang-orang beriman bodoh,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Apabila dikatakan kepada mereka: ''Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman'' mereka berkata: ''Masakan kami beriman sebagaimana orang-orang bodoh beriman''. (Al-Baqarah;13)

4. Keras kepala dan megah melakukan dosa,

Maksud hadis:
Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara; apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi janji dan apabila bertengkar berbuat jahat.

5. Membantu orang-orang kafir (membantu dalam perkara mungkar dan dusta),

Firman Allah swt yang bermaksud:
Sampaikan khabar berita kepada orang-orang munafik,bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya,iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. (An-Nisa':138-139


6. Menipu, riya' dan malas,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah, dan Allah pula telah membalas tipu daya mereka (dengan mereka dalam keadaan munafik). mereka apabila berdiri hendak sembahyang,mereka berdiri dengan malas. mereka riya' kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali. (An-Nisa:142-143)

7. Menyuruh melakukan kemungkaran dan melarang melakukan kebaikan,

Firman Allah swt yang bermaksud:
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain, mereka masing-masing menyuruh perbuatan jahat dan melarang daripada perbuatan yang baik. (At-Taubah:67)


Wallahualam...


1 ulasan:

KERDILDESA berkata...

terima kasih kerana berkongsi informasi ini muaz. hehe .
jom singgh blog kerdildesa. hehe