Selasa, 27 September 2011

Kaktus


Aku minta kepada Tuhan….
Setangkai bunga segar….
Ia beri kaktus berduri….
Aku minta rama-rama….
Diberi ulat berbulu….
Aku sedih dan kecewa….

Namun kemudian kaktus berbunga indah sekali….
Dan ulat itu menjadi rama-rama yang cantik….
Itulah kehendak Ilahi….
Indah pada masanya….

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan….
Tapi Allah memberi apa yang kita perlukan….

Kadangkala kita sedih,kecewa,terluka….
Tapi jauh di atas segalanya….
Allah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita….

Sumber: Sahabat lama

Selasa, 20 September 2011

Untung




"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."



Rabu, 14 September 2011

Pesan



Imam Syafie berpesan :

1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh.

2.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

3.Hati adalah Raja dalam diri.Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.

Ahad, 11 September 2011

Lilin

Semua kegelapan yang ada di dunia tidak dapat menyembunyikan cahaya sebatang lilin yang sedang menyala .... nyalakan iman yang ada dalam hati dengan al quran dan as sunnah...
Dalam kegelapan jahiliah, Pasti cahaya iman masih ada...jika kena sentuhannya, ia akan bangkit berperang dengan nilai jahiliah...fikir-fikirkan
Sumber : Dari Sahabat Baik Muaz,Syukran ya Akhi...

Khamis, 8 September 2011

Lapang dada


Barangsiapa meninggalkan sifat membalas dendam,maka Allah swt akan menggantikannya dengan perasaan lapang dada dan bahagia. Dalam pemaafan itu terdapat ketenteraman jiwa,ketenangan,kemuliaan,kebesaran dan ketinggian jiwa. Rasulullah saw bersabda,"Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba dengan sikap pemaafan,melainkan dia semakin mulia." (HR Muslim)

Selasa, 6 September 2011

Mengatakan


NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA



sumber: Dari kawan-kawan

Isnin, 5 September 2011

Jom puasa


 
Puasa enam ialah puasa yang sunat dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).