Ahad, 4 November 2012

Jubli perak

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah.

Sampul surat hari pertama sempena Jubli perak Tuanku sultan perak.

Lagu negeri Perak,
Dilanjutkan Allah Usianya Sultan
Adil dan Murah Memerintah Watan
Ditaati Rakyat Kiri dan Kanan
Iman Yang Soleh Allah Kurniakan
Allah Berkati Perak Ridzuan
Allah Selamatkan Negeri dan Sultan

 

FDC

FDC dari Australia

FDC dari Kanada
Muaz hilang kejap dan timbul semula....ok lah, macam biasa n3 pendek2 je...

Khamis, 1 November 2012

hud...hud

FDC burung pemangsa

FDC burung tanah tinggi


Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman. Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab keterlewatannya di dalam majlis perhimpunan yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman. Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala.