Khamis, 26 Jun 2008

sultan langkat(indonesia)



sultan azwar Abd jalil (2003-kini)

ayam belanda


Selasa, 24 Jun 2008

majlis perasmian kolej komuniti gerik



Jumaat, 20 Jun 2008

Pokok Tomato
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Pokok Tomato

Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Solanales
Famili:
Solanaceae
Genus:
Solanum
Spesies:
S. lycopersicum
Pokok Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.
Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

gambar-gambar cun...






Rabu, 18 Jun 2008


RafflesiaceaeAll Rafflesia speciesBunga Pakma
Rafflesia is the largest and is one of the most magnificent flowers in the world. The largest species is R. arnoldii, 97cm in diameter. Three species are found in Sarawak. These are R. arnoldii, R. pricei and R. tuan-mudae, the latter being endemic to Sarawak.
Rafflesia is a parastitic plant, a gigantic liana. The only known host of Rafflesia is a Tetrastigma (Vitaceae). It is so specialised that the only visible part is the flower. The bud resembles a black or orange cabbage; upon maturity, it opens with a bursting sound, displaying its colourful, thick petals. It is said that the flower emits a penetrating smell. However the species in Sarawak only has a faint smell when one takes a deep sniff of the flower.
Habitat: Very rare and highly localised in mixed dipterocarp forest or secondary forest.
Distribution: In Gunung Gading National Park, Lanjak-Entimau Wild life Sanctuary, Padawan and Kelabit Highlands.
Note: Rafflesia is endangered and threatened because it is very host specific and has a high mortality rate. The buds are believed to have medicinal value.

Selasa, 17 Jun 2008

kuala kangsar


Kuala Kangsar mendapat nama daripada perkataan 'Kuala Kurang Sa' yang membawa maksud kurang satu daripada seratus. Nama ini tercipta apabila sembilan puluh sembilan anak sungai yang mengalir ke Sungai Perak dan akhirnya menjadi 'Kuala Kangsar'. Kuala Kangsar diberi gelaran 'Bandar Diraja' sejak dahulu lagi apabila Sultan Yusof Sharifudin Muzaffar Shah yang dikenali sebagai Marhun Garullah (1877-1887) telah mendirikan istana baginda di Sayong. Namun apabila Raja Idris ditabalkan menjadi sultan pada 1887, baginda telah membina sebuah istana di atas bukit yang berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong ditenggelami air apabila banjir melanda. Raja Idris menamakan bukit tersebut dengan nama 'Bukit Chandan' sempena mengambil nama seekor gajah kepunyaan Sultan Yusuf yang bernama "Kulop Chandan".
Faktor kewujudan istana sultan di kedua-dua tempat ini iaitu Sayong dan Bukit Chandan juga menyebabkan kraf pertukangan tangan Melayu tradisional wujud di sekitarnya. Kemahiran ini sebenarnya datang daripada pandai tukang-pandai tukang yang berkhidmat di istana.Sebagai contohnya Kampung Padang Changkat,Bukit Chandan, Kampung Kepala Bendang dan sekitarnya. Di Sayong masih terdapat lagi pandai tukang-pandai tukang yang mengusahakan Kraftangan Melayu tradisional seperti tembikar, tekat, pertukangan logam dan sebagainya.

(sumber : kraftangan warisan)




SEJARAH LABU SAYONG.
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini.
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

Isnin, 16 Jun 2008


Makam Sultan Muzaffar shah I



Reflesia Azlanii







Khamis, 12 Jun 2008

kucing







gambar kucing ni saya ambik kat blog
gambar kucing comel cute,terima kasih kat tuan punya gambar......


Tok kenali

Kalau mengikut sejarah dahulu kala, orang yang terakhir memiliki keris ini adalah Hang Tuah di mana ia merupakan keris rasmi kerajaan Melaka dan layak dipegang oleh seorang yang bergelar Laksamana. Keajaiban keris ini seperti yang digambarkan dan diceritakan oleh rakyat-rakyat terdahulu ialah ia boleh berlegar-legar dan mencari mangsanya sendiri. Keris ini digambarkan amat indah kerana hulunya disaluti emas dan diperbuat daripada 20 jenis besi dan sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Ka'abah. Semasa kegagalan Hang Tuah meminang Puteri gunung ledang, beliau telah memulangkan keris tersebut kepada Sultan Mahmud dan kemudiannya Sultan telah membawa keris tersebut bersama baginda ke Kampar. Ada yang mengisahkan keris ini hilang begitu sahaja tapi ada juga yang mengatakan keris ini dibawah jagaan Kesultanan Perak Sekarang…walaubagaimanapun keris taming sari yang kembali di persada siber ini...bukanlah keris yang dimaksudkan..begitulah alkisahnya..

Rabu, 11 Jun 2008


Pokok Melaka
Pokok Melaka di Tasik Pawa Janggi (Beting Beras Basah) di Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak. Pokok ini sangat ganjil kerana ia satu-satunya pokok yang boleh hidup selama berpuluh-puluh tahun di dalam air. Jaraknya dengan pantai adalah 200 meter. Sultan Muzaffar Shah, putera Sultan Mahmud Shah dengan Tun Kecil anak Tun Bendahara mula-mula mendarat di Beting Beras Basah ketika dilantik sebagai Sultan Pertama di negeri Perak (1528-1549).
Ketika air surut. Kelihatan akar-akar pokok. Ia tidak dapat dihampiri kerana tanah berselut yang sangat lembut sehinggakan sesiapa yang cuba berjalan ke perdu pokok akan terbenam.
Keadaan pokok ketika air pasang.

Jumaat, 6 Jun 2008

jogjakarta

Jogjakarta sarat budaya JawaOleh Muhd Izawan Baharin izawan@hmetro.com.my

BEBERAPA minit sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisut Jipto, Jogjakarta, saya dapat melihat dengan jelas pemandangan dari udara kota yang berusia lebih 200 tahun itu.Saya tertanya-tanya, selain bangunan lama serta candi di kota yang akan menyambut ulang tahun ke-252 Oktober ini, apa lagi daya tarikan di situ sehingga menjadi tumpuan pelancong ke Indonesia.
Dan selama beberapa hari di sana atas jemputan Jabatan Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Jogjakarta, saya mendapat jawapan bagi soalan itu. Di sebalik kepelbagaian tempat menarik untuk dikunjungi, keramahan penduduknya membuatkan pengunjung tidak kekok malah 'tertawan' dengan keadaan di sana walaupun pertama kali menjejak kaki ke Jogjakarta.Di sana, penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Jawa yang mempunyai kelainan budaya dan bahasa sentiasa menyambut pelancong dengan senyuman.Jogjakarta juga dikenali Yogyakarta, Yogya dan Jogja terkenal sebagai pusat budaya dan seni masyarakat Jawa yang ditadbir Sultan yang juga Gabenor di tempat itu. Beliau dikenali dengan nama Sultan Hamengkubuwono ke-10.Ia memiliki kepelbagaian tempat pelancongan bermula daripada Gunung Merapi, keindahan pantai, kesenian dan kebudayaan, kraton atau istana Sultan serta candi purba.Bagi penganut Buddha, Candi Borobudur, kira-kira 42 kilometer barat laut Jogjakarta menjadi tumpuan terutama jika ada perayaan seperti Hari Wesak.Jika Candi Borobudur terkenal untuk masyarakat beragama Buddha, Candi Prambanan pula dibina penganut Hindu sekitar abad ke-9 turut menjadi lokasi tumpuan pelancong.Pelancong juga boleh melawat Istana Air Taman Sari yang pernah digunakan Sultan Hamengkubuwono pertama tetapi kini menjadi antara lokasi kunjungan selepas ditinggalkan selepas Gunung Merapi meletup pada 1814.Pelancong yang mahu melihat seni bina tradisional Jawa boleh melawat Istana Sultan atau Kraton.Kraton hanya dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang Isnin hingga Sabtu dan 8.30 pagi hingga 1 petang pada Jumaat kerana sulatan masih menggunakan istana berkenaan.Jika mahu membeli-belah, anda boleh mendapati pelbagai barangan seperti batik, kraftangan, tembikar dan barangan perak di pasar Malioboro. Jika bijak tawar menawar, anda boleh mendapat harga lebih murah.Panduannya mudah, minta diskaun sehingga 50 peratus daripada harga barangan itu.Tetapi jika anda mencari batik berkualiti tinggi, lokasinya ialah Muzium Lingkungan Batik Imogiri-Bantul manakala Kotagede terkenal dengan barangan kraftangan daripada perak.Pasar Ngasem pula menjual pelbagai spesies haiwan termasuk burung, ular, monyet dan tupai.Kunjungan ke Jogjakarta sesuatu yang berbaloi dan jika ada peluang, saya akan ke sana lagi.

Selasa, 3 Jun 2008

belum mati lagi...

Subject: Gabra punya pasall....... kat baling ada satu famili... famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu. satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia. tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..pastu bini , mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut.. semua dh gabra..sambil pegang2 dada...ayah mertua dia pengsan.. tk sedar..pastu macam sedar tk sedar.. menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan. dia gabra jugak...pastu bini dia pun surh sambil tolak2 bahu... mak dia suruh lagi... dh gabra sgt, dia pun buat.. dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap... "MA ROBBUKA....""" terkejut bini n mak mertua dia.. tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia.. sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..

bomoh

Mengapa pompuan melayu jer kena histeria??Message: Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuhkain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalahgadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cinadan india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antarabomoh melayu dan syaitan.Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpadengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan merekamerasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik,ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera,ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datangdengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2pengsan dibuatnya!Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketuabomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnyayang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkanitu."Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadismelayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... ""SiapaBilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, TakMungkin Aku MERASUK... "" ""Aduhai...kekekeekeeee... Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkaratahyul... ..pi buat keja cepat.....

Adi putra (mesti baca)

KOSMO! ~ 27 Januari 2008Keistimewaan lain Adi PutraOleh ZAMRI RAMBLIGenius matematik dari Ba gan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.--------------------------------------------------------------------------------SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.Saya juga terkejut den gan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu den gan ribu, pengiraan isi padu si lin der, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi den gan pemilik w ajah comel ini - Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati. Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Shar lin ie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Peta lin g Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Shar lin ie menggunakan 'caranya'.Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Shar lin ie selain pergi ke padang tempat Shar lin ie dilihat sebelum kehilan gan nya. Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Shar lin ie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis 'media' di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang. "Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluar gan ya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya."Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik," cerita Abdul Ghani. Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. "Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya den gan Adi Putra," katanya. Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai den gan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra. Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya - sesuatu yang jarang diperoleh media lain. "KASIH ibu. Serihana Elias dan suami terus mencari formula terbaik untuk membesarkan anak genius mereka."--------------------------------------------------------------------------------Sepan jan g temu bual itu, sambil mulutnya semakin lancar menjawab soalan saya (berbanding dua tahun lalu dia lebih pendiam), tan gan nya juga pantas menekan punat permainan video.Dan sebelum saya pulang, Adi Putra sempat berpesan: "Untuk abang, Adi nasihatkan baca Alam Nasyrah (surah al-Insyirah) setiap hari." Saya tanya kenapa surah itu? Jawab Adi: "Untuk rezeki abang." Dan untuk kesekian ka lin ya, saya melihat keistimewaan Adi Putra dan ia sukar diterangkan.Selebihnya, Adi Putra seperti kanak-kanak sebayanya - makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menung gan g motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.EKSTRA!: Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.Macam mana boleh terfikir?Tak tahu, tiba-tiba ter lin tas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara den gan bertemankan surah Ya sin dan matematik. Kenapa surah Ya sin dan matematik?Sebab matematik itu tun jan g ilmu dan Ya sin pula untuk penerang hati. Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari? Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil'. Sebab apa Adi kata macam tu?Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah. Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja den gan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?Ilham datang waktu itu.Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?Counter Strike, game tembak-tembak... Ada juga main game Meet the Robinsons.Bila besar Adi nak jadi apa?Adi nak jadi profesor matematik Islam.Adi tahu Adi terkenal sekarang? Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi pa lin g banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda. Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.Apa yang Adi Putra tahu tentang Shar lin ie?Kenapa Adi nak tolong cari Shar lin ie?Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong. Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Shar lin ie?Adi nampak (Shar lin ie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi ter lin tas (dalam hati). Masa tu Shar lin ie tak buat apa-apa.Adi tahu di mana Shar lin ie sekarang?(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Shar lin ie pernah dibawa ke situ?Tak tahu, tapi memang tempat tu yang ter lin tas di fikiran Adi.Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.Semasa memberi ubat pada ibu Shar lin ie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?Adi dah buat air tu yang dibacakan den gan doa. Doa apa?Maaf, tak boleh Adi bagi tahu. Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang? Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh ter lin tas (dalam hati) kalau ada orang datang den gan niat tak baik.Adi tetap salam, jan gan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.Adakah letih menjadi seorang genius?Tak letih den gan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.Apa ucapan untuk ibu dan ayah?Semoga pan jan g umur. Terima kasih sebab jaga Adi.Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?Adi baru belajar tahfiz - Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Ba qa rah

MASYAALLAH

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍSebarkan kepada kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap. Bayangkan jika anda forward kankepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit. Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali). Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..!Wallahulam....!!!ﻡﻼﺴﯛ

Bahaya abestos

PEMBUNUH SENYAP SILING ABESTOS / MESOTHELIOMATahukah anda sebenanya tanpa kita sedari dirumah kita terdapat pembunuh senyap yang amat mengerunkan. siapakah pembunuh tersebut? tak lain tak bukan ia adalah SILING ABESTOS. untukpengetahuan anda siling abestos mempunyai habuk yang sangat halus yang sentiasa gugur dan berterbangan diudara dan sangat mudah memasuki tubuh kita setiap kali kita menarik nafas terutama ketika kita sedang tidur. Habuk dari abestos ini akan mengakibatkan CANCER dan juga dikenali sebagai MESOTHELIOMAkepada anda yang mempunyai bayi dapatkan langkah segera untuk melindungi anak yang tak berdaya ini kerana risiko kepada bayi mungkin lebih tinggi kerana mereka sentiasa berbaring dan tubuh yang masih lemah.Mungkin ada diantara kita yang mengetahui tentang bahaya siling abestos ini tapi sengaja tidak mengambil berat tentang risiko yang bakal melanda dan bagi yang masih belum mengetahuinya sebaiknya ambil langkah segera untuk mencegah risiko merbahaya ini sebelum terlambat, dapatkan info terperinci disini:MESOTHELIOMA INFO.Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pakar-pakar perubatan sedunia telah mengharamkan penggunaan abestos untuk siling rumah dan kini banyak syarikat membuat siling telah bertukar kepada bahan lain yang lebih selamat seperti siling UAC atau serabut simen dan juga siling kapur atau lebih dikenali plastersiling.Tapi bagi rumah-rumah kita dikampung atau rumah kita sekarang yang mungkin dibuat sepuluh tahun yang lalu berkemungkinan masih menggunakan siling abestos. cuba anda dapatkan pengesahan dari pemaju yang membina rumah anda tersebut ini demi keselamatan anda dan keluarga anda terutama bayi anda. untuk langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko CANCER ABESTOS /LUNG ABESTOS anda boleh mencuba lankah ini:1.tutup bayi anda dengan kelambu dan hamparkan kain diatas kelambu tersebut supaya habuk abestos hanya gugur diatas kain tersebut.2.bagi orang dewasa seperti anda rentangkan kain dibawah siling bilik tidur anda untuk menahan habuk abestos tersebut.Tapi langkah ini hanya sebagai mengurangkan risiko, tapi belum dapat mencegah 100% risiko CANCER kerana habuk dari abestos sentiasa gugur berterbangan setiap masa dan kita berkemungkinan menyedutnya samada sedang duduk, berjalan, makan atau sebagainya. Untuk mendapatkan info yang lengkap dan cara-cara pencegahan disini: MESOTHELIOMA INFO

sihir...

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali... Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan. Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut. Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya. Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini. Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang. Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu : ubat nyamuk!
assalammualaikum......
selamat datang