Khamis, 18 Mei 2017

tangguh solat

SOALAN :
1. Adakah Hadith yang shohih berkenaan solat di awal waktu


JAWAPAN :
Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.

1) Hadith:
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
2 ) Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)

Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)
3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)
4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud ,
Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali:
Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis:
Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003
http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/190-tangguh-solat.htmlhttp://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/190-tangguh-solat.html

nuklear


Seorang lelaki duduk di sebelah anak Kecil di sebuah kapal terbang saat orang itu berpaling kepada anak Kecil dan berkata, "Mari kita bicara, saya pernah mendengar penerbangan akan berjalan lebih cepat jika anda memulakan perbualan dengan sesama penumpang."

Anak kecil, yang baru saja membuka bukunya, menutupnya perlahan, dan berkata pada orang asing itu, "Apa yang ingin anda bincangkan?"

"Oh, saya tidak tahu," kata lelaki asing itu. "Bagaimana dengan tenaga nuklear?"

"Baiklah," kata anak Kecil. "Itu boleh menjadi topik yang menarik. Tapi, saya mau tanya dulu. Seekor kuda, lembu, dan seekor kambing semuanya makan rumput. Makanan yang sama. Namun seekor kambing mengeluarkan beraknya sedikit bulat-bulat, sementara seekor lembu ternyata mengeluarkan berak yang rata lembek, dan seekor kuda menghasilkan bulatan-bulatan kering. Kira-kira menurut anda mengapa hal seperti itu boleh terjadi? "

"Astaga," kata lelaki itu. "Saya tidak ada idea mengenai hal itu."

"Kalau begitu," kata anak Kecil, "Bagaimana anda merasa cakap untuk membincangkan tenaga nuklear jika bicara berak saja anda tidak paham?"


Source: https://www.ceritalawak.com/

Masyaallah, Para makmum MENANGIS saat Syeikh Umar Abdullah melantunkan A...

Selasa, 16 Mei 2017

teman


تمن يڠ ڤاليڠ اقرب اداله عمل.
ڤڠاول ڤريبادي يڠ ڤاليڠ وسڤادا ديام.

بهاس يڠ ڤاليڠ مانيس سڽوم.

دان عباده يڠ ڤاليڠ اينده تنتوڽ خشوق

Khamis, 11 Mei 2017

tauge

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik , kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Selasa, 9 Mei 2017

Adab ketika Menguap

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith :
  1. Dituntut oleh Islam meletakkan tangan dan lain-lain ke atas mulut ketika menguap. Tujuan berbuat demikian adalah untuk menghalang syaitan masuk ke mulut sehingga orang tersebut dikuasai oleh syaitan.
  2. Makruh bagi orang yang menguap mengeluarkan suaranya ketika menguap, sesungguhnya syaitan itu sangat suka kepada orang yang lalai dalam apa keadaan sekali pun.

Sumber :
 Kitab Riyadhus Salihin
 web jakim

Isnin, 8 Mei 2017

Merendah Diri terhadap Orang-orang yang Beriman

Daripada Anas RA bahawasanya dia berjalan melintasi beberapa orang kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan katanya, Nabi SAW sentiasa berbuat demikian.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
 
  1. Para sahabat sangat prihatin dalam mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  2. Sunat memberi salam sesama Muslim tidak mengira darjat dan peringkat orang yang diberi salam.
  3. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
JAKIM

Ahad, 7 Mei 2017

Churros con chocolate



  • 250ml (1 cup) water
  • 100g unsalted butter
  • 150g (1 cup) plain flour
  • 1/4 teaspoon salt
  • 3 eggs, lightly whisked
  • Vegetable oil, to deep-fry
  • 80g (1/2 cup) icing sugar mixture, sifted
  • 200g good-quality dark chocolate, coarsely chopped
  • 250ml (1 cup) milk
     
     
    • Step 1
      Combine water and butter in a medium saucepan and bring to the boil over high heat. Cook, stirring, for 3-4 minutes or until butter melts. Remove from heat.
    • Step 2
      Add the flour and salt and stir with a wooden spoon until well combined and the dough comes away from the side of the saucepan. Cover with plastic wrap and set aside for 15 minutes or until cool.
    • Step 3
      Add the eggs, 1 at a time, beating well after each addition, until well combined. Spoon dough into a piping bag fitted with a 2cm-diameter fluted nozzle.
    • Step 4
      Add enough oil to a large saucepan to reach a depth of 6cm. Heat to 180°C over medium heat (when oil is ready a cube of bread will turn golden brown in 15 seconds). Using a small sharp knife to cut the dough, pipe four 10cm lengths into the oil. Deep-fry for 1-2 minutes or until golden brown. Use a slotted spoon to transfer churros to a plate lined with paper towel. Dust with icing sugar. Repeat with the remaining dough, reheating oil between batches.
    • Step 5
      Meanwhile, combine the chocolate and milk in a medium saucepan over medium heat. Cook, stirring, for 5 minutes or until chocolate melts and the mixture is smooth.
    • Step 6
      Arrange churros on a platter and serve with chocolate dipping sauce. 
       

      Notes

      (+ 15 mins cooling time)

Sayang UMP

sayang UMP
klik kat sini

About UMP

UMP is a technical university focusing on engineering and technology, started its operation in 2002. Years passing by, UMP has now expand its operation into two campuses, located in Pekan and Gambang. Pekan campus is the administrative center of UMP and can accommodate up to 10,000 students and 2,000 staff at a time. While Gambang campus, located 30km away from Kuantan town, can accommodate up to 5,000 students.
Since its establishment, the university has make remarkable achievement in national and international level. Strategically planned to become a distinguished technological university, UMP intensify its efforts to communitising technology for the benefit of mankind.