Rabu, 9 April 2014

Taming Sari

Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.
Keris adalah merupakan salah satu yang terdapat di jata negara yang megah khususnya kita sebagai rakyat Malaysia.Keris ini juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia,yang mana dahulu kala mempunyai sejarah tertentu mahupun asal usul.Terdapat banyak keris yang ada di negara kita tetapi yang paling popular pada zaman dahulu dan juga sekarang adalah yang dikenali sebagai Keris Taming Sari.Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.
Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu kehadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah diatas jasanya mengalahkan Taming Sari.
Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau.Setelah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya, Laksamana Hang Tuah telah dibuang negeri oleh Paduka Sultan Melaka. Keris Taming Sari telah baginda berikan kepada Hang Jebat yang telah dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah. Hang Jebat kemudiannya telah memasuki istana Sultan Melaka dan mengamuk membunuh ramai rakyat jelata. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Paduka Bendahara telah dipanggil oleh Sultan Melaka untuk bersemuka dengan Hang Jebat. Semasa bertarung Hang Tuah telah merampas Keris Taming Sari dari Hang Jebat dan telah menikam dan membunuh beliau.
Selepas itu, Hang Tuah yang terlalu malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda telah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada baginda. Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi oleh dedaun emas.Wallahualam..

Selasa, 8 April 2014

Program Kerjasama Strategik KK - Sime Darby







TELUK INTAN 19 Feb. - Kolej Komuniti mampu menampung masalah kekurangan tenaga kerja industri kelapa sawit tempatan dengan melahirkan tenaga mahir dalam bidang kendalian jentera ladang.
Ini terbukti apabila 21 pelatih Kolej Komuniti Pasir Salak yang tamat kursus sijil kemahiran jentera ladang menerima tawaran bekerja daripada syarikat perladangan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. (Sime Darby Plantation) semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan, Datuk Amir Md. Noor berkata, kesemua pelatih itu ditawarkan jawatan mekanik penyelenggara kejenteraan hasil program kerjasama strategik Kolej Komuniti bersama Sime Darby Plantation.
Menurutnya, pengambilan tenaga kerja tempatan oleh Sime Darby Plantation diharap dapat membantu industri kelapa sawit daripada terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.
Berdasarkan statistik, katanya, daripada 491,339 pekerja dalam sektor kelapa sawit negara, 76 peratus terdiri daripada tenaga kerja asing.
"Mereka ini pekerja bukan mahir kerana bekerja tanpa menggunakan sebarang jentera. Mereka adalah pekerja di lapangan untuk kawalan rumpai, pengunaan baja dan pemangkasan.
"Untuk itu, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dengan kerjasama syarikat Semai Alam Sdn. Bhd. mengambil inisiatif strategik dalam usaha menangani cabaran ini dengan menganjurkan program peningkatan kemahiran mekanik jentera ladang sawit.
"Kursus ini pelengkap kepada Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Servis Kenderaan Ringan," katanya selepas pelancaran Program Peningkatan Kemahiran Mekanik Penjenteraan di Ladang Seri Intan di sini semalam.
Menurut beliau, kerjaya dalam bidang jentera perladangan yang berteknologi tinggi juga menawarkan gaji yang lumayan.

Menjejak warisan anak bangsa

Program Anjuran Unit Hal Ehwal pelajar dan Unit Belia dan Sukan mendapat kerjasama dan komitmen dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP KKGP, serta warga Felda Bersia. Tempat : Felda Bersia pada 22-23 Februari 2014.






Jom Masuk Kolej


 
Mak dan Ayah dah tanya pasal yuran? pinjaman kewangan di #kolejkomuniti? Bantuan kewangan? sekiranya pendapatan keluarga RM3000 dan kebawah, ANDA layak untuk mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300/bulanan ( mengikut terma dan syarat bantuan kewangan dan tertakluk pada pindaan). kami kongsi #checklist bagi pendaftaran pelajar baharu untuk #kemudahantempattinggal. Jom kongsi maklumat ini bersama rakan-rakan ANDA yang lain.Yuran semester RM200, Bantuan kewangan RM300 setiap bulan. Tahukah ANDA kerajaan sentiasa membantu rakyat bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui #kolejkomuniti . #jommasukkolejkomuniti . kami kongsi #checklist bagi pendaftaran pelajar baharu untuk #pembiayaankewangan . Jom kongsi maklumat ini bersama rakan-rakan ANDA yang lain.

Jom Mohon Kursus




#pembelajaransepanjanghayat di #kolejkomuniti menerusi #kursuspendek. ANDA ingin tambah kemahiran kemahiran sekaligus meningkatkan pendapatan?. Untuk permohonan secara online di http://epsh.jpkk.edu.my/ @ imbas 'QR code' @ 'walkin' ke Kolej Komuniti yang berdekatan. Pilih kursus yang ANDA berminat ! #jommasukkolejkomuniti

Ketua Pengarah



#perutusan2014 #saranankepadawargakolejkomuniti : Dalam keghairahan kita bekerja, di ingatkan juga agar kita tetap mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pendekatan 3K iaitu kesihatan, keluarga, dan karier. Dengan mengamalkan keseimbangan dalam ketiga-tiga unsur ini, saya percaya, kita akan memperolehi kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna di samping mencapai kejayaan dalam kerjaya.

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga JPKK dan Kolej Komuniti untuk bersama saya bagi menggembleng tenaga dalam memberikan khidmat dan sumbangan yang terbaik pada tahun ini. Saya amat berharap setiap program sepanjang tahun 2014 yang telah dirancang dapat dilaksanakan denga

n sebaik mungkin.