Taming Sari
Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah
sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan
mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut
dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar
diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.
Keris adalah merupakan salah satu yang terdapat di jata negara yang
megah khususnya kita sebagai rakyat Malaysia.Keris ini juga merupakan
kebanggaan rakyat Malaysia,yang mana dahulu kala mempunyai sejarah
tertentu mahupun asal usul.Terdapat banyak keris yang ada di negara kita
tetapi yang paling popular pada zaman dahulu dan juga sekarang adalah
yang dikenali sebagai Keris Taming Sari.Keris Taming Sari ialah keris
yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.
Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika
bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia
dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke
mana sahaja musuh itu berlari.
Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang
pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara
Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana
Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang
Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah
membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan
beliau telah mempersembahkan keris itu kehadapan Seri Betara Majapahit.
Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang
Tuah diatas jasanya mengalahkan Taming Sari.
Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih
Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang
Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris
Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau.Setelah difitnah oleh
Patih Kerma Wijaya, Laksamana Hang Tuah telah dibuang negeri oleh Paduka
Sultan Melaka. Keris Taming Sari telah baginda berikan kepada Hang
Jebat yang telah dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah. Hang
Jebat kemudiannya telah memasuki istana Sultan Melaka dan mengamuk
membunuh ramai rakyat jelata. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Paduka
Bendahara telah dipanggil oleh Sultan Melaka untuk bersemuka dengan Hang
Jebat. Semasa bertarung Hang Tuah telah merampas Keris Taming Sari dari
Hang Jebat dan telah menikam dan membunuh beliau.
Selepas itu, Hang Tuah yang terlalu malu untuk menghadap Sultan
Melaka kerana gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda telah
mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada baginda. Ketika
Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke
Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming
Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya
berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada
adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi
oleh dedaun emas.Wallahualam..
Ulasan