Selasa, 16 Julai 2013

Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan

Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Qur'an

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

2. Solat tarawih

Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

3. Memperbanyak doa

Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.


4. Memberi buka puasa

Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun ". (Bukhari Muslim)

5. Bersedekah

Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. I'tikaf

Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I'tikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri'tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut I'tikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

7. Umrah

Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
"Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."

Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair

Isnin, 15 Julai 2013

Ramadhan

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Sabtu, 6 Julai 2013

Kursus Petanque

Photo 
 
 petanque (sebutannya petong)...mula tu rasa pelik je, macam main guli pun ada. 27-28 Jun 2013 lepas, tempat kerja saya anjurkan kursus dan etika petanque. dua jurulatih di jemput untuk memberi tunjuk ajar...pastu satu pertandingan diadakan lepas habis kursus (lawan suka-suka je). berasal dari perancis. permainan tradisi rakyat perancis. Malaysia pula baru diperkenalkan pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz
Photo
petanque dimainkan dengan membaling jack terlebih dahulu, dalam gelanggang berukuran 15 meter x 4 meter. balingan mestilah berjarak antara enam hingga 10 meter.
Photo 
Sasaran para pemain adalah untuk menghasilkan balingan bola logam yang mendekati jack tersebut. Jika seorang individu atau sebuah pasukan berjaya menghasilkan bola yang paling hampir dengan jack, pasukan lawan akan terus membaling bola yang ada dalam simpanan mereka sehingga berjaya memintas kedudukan bola pasukan itu. Jika berjaya, pasukan yang satu lagi pula akan berusaha memintas dan begitulah seterusnya.

Biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa yang terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan membuat ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack.

 
Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan kehabisan bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya memperoleh 13 mata. 

 

Jumaat, 5 Julai 2013

Jumaat


Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)