Rabu, 29 April 2015

Pertabalan Sultan Perak


Selasa, 21 April 2015

Naik Gaji....

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Katanya kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275. Beliau berkata ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832). "Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah. Kerajaan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini. Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian. Kita akan tengok pada keadaan semasa," katanya dalam sidang media di sini Isnin. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan. Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini. "Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini," katanya. --BERNAMA  

Jumaat, 3 April 2015

Logo Halal


Khamis, 2 April 2015

Jom Pergi haji


Menjadi pelajar praktikal di Kolej Komuniti Gerik

PERMOHONAN
  • Jika berminat untuk menjadi pelajar praktikal di Kolej Komuniti Gerik (KKG), sila hantar permohonan untuk menjalani latihan di KKG menggunakan surat rasmi melalui institusi masing-masing.
  • Surat maklumbalas penerimaan pelajar praktikal akan dihantar ke institusi tersebut.

SEKIRANYA PERMOHONAN DITERIMA
Lapor diri
  • Sila lapor diri mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Pengecualian diberi sekiranya penangguhan dimaklumkan lebih awal kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) KKG.
  • Pelajar praktikal perlu melaporkan diri kepada Pengarah KKG atau sekiranya Pengarah tiada, sila lapor diri kepada Ketua Jabatan Kejuteraan dan Kemahiran (KJKK).
  • Seterusnya, lapor diri kepada UPLI dan Penyelia yang dilantik.
  • Untuk urusan rekod kehadiran sepanjang bertugas di KKG, sila berjumpa dengan pegawai yang bertugas di Unit Pentadbiran.
  • Sebelum pulang, sila isi Buku Pelawat KKG di Kaunter Khidmat Pelanggan.
Penempatan Pelajar di KKG
  • Pelajar praktikal akan ditempatkan di bawah unit mengikut bidang pengajian masing-masing.
  • Jika tiada bidang berkaitan, pihak kolej akan menempatkan pelajar praktikal mengikut keperluan Jabatan/Unit.
  • Walaupun pelajar praktikal ditempatkan di Jabatan/Unit yang ditetapkan, Jabatan/Unit lain boleh menggunakan khidmat pelajar praktikal tersebut melalui Penyelia pelajar praktikal berkenaan.
Tugasan
  • Sila berikan kerjasama dan berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.
  • Jika timbul sebarang masalah, sila rujuk Penyelia masing-masing dengan kadar segera.
  • Jika khidmat pelajar praktikal diperlukan oleh dua (2) atau lebih Jabatan/Unit pada waktu yang sama, sila hubungi Penyelia masing-masing untuk mendapatkan kata putus.
Cuti
  • Sepanjang tempoh Latihan Praktikal / Latihan Industri di KKG, pelajar praktikal layak memohon cuti maksimum 7 hari sahaja.
  • Jika pelajar praktikal terlibat dengan sebarang program pada hari cuti hujung minggu atau cuti umum, cuti ganti boleh diberikan (perlu kemukakan bukti).
  • Untuk mohon cuti, sila isi Borang Cuti yang disediakan di UPLI dan maklumkan kepada Penyelia dan Pegawai UPLI.
Produk/Program
  • Setiap pelajar praktikal diminta untuk menghasilkan satu produk/program/inovasi yang dapat memberi kesan yang positif kepada KKG.

SELEPAS TAMAT LATIHAN INDUSTRI
  • Pelajar praktikal yang berjaya menamatkan sesi latihan industri di KKG akan menerima Sijil Penghargaan.

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
  • Sila hubungi 05-7916199 atau 05-7910299 untuk bercakap dengan Pegawai Unit Perhubungan dan Latihan Industri.

Rabu, 1 April 2015

SENHENG





muaz suka dengan video ni..boleh bagi motivasi pada diri...



Kisah mereka tiga beradik bermula 25 tahun lalu. Dengan sumbangan modal RM30,000 setiap seorang daripada mereka mengambil langkah pertama dalam menubuhkan sebuah perniagaan keluarga.

Pada 31 Ogos, mereka membersih dan memperagakan barangan di kedai dalam sehari dan secara rasminya kedai pertama Senheng dibuka pada 1 September 1989 di sebuah lot kecil di Pandan Jaya.

Didorongi impian mahu meningkatkan kualiti hidup mereka sekeluarga , kerja keras dan kesabaran mereka membuahkan hasil apabila cawangan kedua berjaya dibuka dalam masa tujuh bulan dan saban tahun kemudian ada saja outlet baru Senheng yang dibuka selepas kedai sulung mula beroperasi.



Untuk mempertingkatkan lagi model perniagaan, mereka membawa mereka merantau ke Taiwan di mana mereka mempelajari teori asas konsep kedai rangkaian.

Pada tahun 2000, Senheng melancarkan imej baru. Transformasi ini diikuti dengan pengenalan beberapa inisiatif seperti skim francais, di mana mereka mahu memberi peluang kepada warga Malaysia lain untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Usaha lain yang juga dilancarkan termasuk kedai harga tetap, strategi dua jenama, pengurusan rangkaian bekalan dan hubungan pelanggan, serta penglibatan dalam program khidmat masyarakat.



Usaha mereka tidak menjadi sia-sia apabila kewujudan kedai Senheng ke-100 di seluruh negara pada tahun 2008. Sementara perolehan mereka pula melonjak mencatat RM1bilion pada tahun 2012.

Melihat kepada pencapaian mereka sehingga hari ini, mereka kini meletakkan sasaran baru di mana mereka bercita-cita bertindak lebih agresif serta mengembangkan perniagaan pada skala yang besar di samping meluaskan sayap ke luar negara. sumber BH