SENHENG
muaz suka dengan video ni..boleh bagi motivasi pada diri...
Kisah mereka tiga beradik bermula 25 tahun lalu. Dengan sumbangan modal RM30,000 setiap seorang daripada mereka mengambil langkah pertama dalam menubuhkan sebuah perniagaan keluarga.
Pada 31 Ogos, mereka membersih dan memperagakan barangan di kedai dalam sehari dan secara rasminya kedai pertama Senheng dibuka pada 1 September 1989 di sebuah lot kecil di Pandan Jaya.
Didorongi impian mahu meningkatkan kualiti hidup mereka sekeluarga , kerja keras dan kesabaran mereka membuahkan hasil apabila cawangan kedua berjaya dibuka dalam masa tujuh bulan dan saban tahun kemudian ada saja outlet baru Senheng yang dibuka selepas kedai sulung mula beroperasi.
Untuk mempertingkatkan lagi model perniagaan, mereka membawa mereka merantau ke Taiwan di mana mereka mempelajari teori asas konsep kedai rangkaian.
Pada tahun 2000, Senheng melancarkan imej baru. Transformasi ini diikuti dengan pengenalan beberapa inisiatif seperti skim francais, di mana mereka mahu memberi peluang kepada warga Malaysia lain untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Usaha lain yang juga dilancarkan termasuk kedai harga tetap, strategi dua jenama, pengurusan rangkaian bekalan dan hubungan pelanggan, serta penglibatan dalam program khidmat masyarakat.
Usaha mereka tidak menjadi sia-sia apabila kewujudan kedai Senheng ke-100 di seluruh negara pada tahun 2008. Sementara perolehan mereka pula melonjak mencatat RM1bilion pada tahun 2012.
Melihat kepada pencapaian mereka sehingga hari ini, mereka kini meletakkan sasaran baru di mana mereka bercita-cita bertindak lebih agresif serta mengembangkan perniagaan pada skala yang besar di samping meluaskan sayap ke luar negara. sumber BH
Ulasan