Selasa, 31 Ogos 2010

teman

TEMAN TU BUKAN MCM PAPAN SKATE BOARD,
BELUM MAIN , GILAP...
DAH MAIN , PIJAK...
TEMAN TU BUKAN MCM BOLA SEPAK,
BELUM DAPAT, KEJAR...
SUDAH DAPAT, TENDANG...
TEMAN TU BUKAN MCM BULU TANGKIS,
BELUM MAIN , PEGANG...
SUDAH MAIN , PUKUL

TEMAN TU IBARATKAN MCM RAGBI...
BELUM DAPAT, REBUT....
DAH DAPAT, LINDUNG...
TEMAN TU CAM JARI...
LUKANYE SEMBUH SENDIRI...
HILANGNYER, TIADA GANTI.....

RENUNG-RENUNGKAN LAAAA..

siapa yng tak dengar ni...

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya saya beritahu kat abang,ayam masak kari!!!!"

wudhu

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Rabu, 25 Ogos 2010

sederhana...

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin "

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ; jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ; kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah ; jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ; kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas ; kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat ; kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai mengumpat ; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda punberusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya . Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta ; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untukmakan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia . Berkuasanya bersederhana bagai kan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berakhiratlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampaidigelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata , membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya .

Ahad, 15 Ogos 2010

lihat 3 titik


Cuba lihat pd 3 titik tengah pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan
alihkan pandangan pd dinding kosong..
lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..

rasa sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaanNya ini..

(email dari rakan)

Isnin, 9 Ogos 2010

ramadhan



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
MENDAPAT KEBERKATAN DARI NYA...... AMIN