Selasa, 25 Jun 2013

Sultan Perak

Fail:Jata negeri perak.jpg

Ketika Kesultanan Melaka jatuh kerana serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau dan Baginda mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda Sultan mempunyai tiga orang putera, bernama Raja Alauddin Riayat Shah, Raja Mudzaffar Shah dan Raja Ahmad Shah. Yang sulung telah mendirikan Kesultanan Johor, sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan ditabal menjadi sultan. Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melaka
Sultan Mudzaffar Shah I (Pengasas Kesultanan Perak)1528 - 1549
Sultan Mansur Shah I 1549 - 1577
Sultan Ahmad Tajuddin Shah 1577 - 1584
Sultan Tajul Ariffin Shah 1584 - 1594
Sultan Alauddin Shah 1594 - 1603
Sultan Mukaddam Shah 1603 - 1619
Sultan Mansur Shah II 1619 - 1627
Sultan Mahmud Shah I 1627 - 1630
Sultan Sallehuddin Shah 1630 - 1636
Sultan Mudzaffar Shah II 1636 - 1653
Sultan Mahmud Iskandar Shah 1653 - 1720
Sultan Alauddin Mughayat Shah 1720 - 1728
Sultan Mudzaffar Shah III 1728 - 1752
Sultan Muhamad Shah 1744 - 1750
Sultan Iskandar Dzulkarnain 1752 - 1765
Sultan Mahmud Shah II 1765 - 1773
Sultan Alauddin Mansur Shah 1773 - 1786
Sultan Ahmaddin Shah 1786 - 1806
Sultan Abdul Malik Mansur Shah 1806 - 1825
Sultan Abdullah Muadzam Shah 1825 - 1830
Sultan Shahabuddin Riayat Shah 1830 - 1851
Sultan Abdullah Muhammad Shah I 1851 - 1857
Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah 1857- 1865
Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah 1865 - 1871
Sultan Ismail al-Muabidin Riayat Shah (mangkat:1889)1871 - 1874
Sultan Abdullah Muhammad Shah II (mangkat: 1922)1874 - 1876
Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah 1876 - 1887
Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah 1887 - 1916
Sultan Abdul Jalil Nasruddin al-Muhtaram Shah 1916 - 1918
Sultan Iskandar Shah 1918 - 1938
Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah 1938 - 1948
Sultan Yussuf Izzuddin Shah 1948 - 1963
Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah 1963 - 1984
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 1984 - kini

Isnin, 24 Jun 2013

15 Syaaban

Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith: 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
 
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
 
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
 
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
 
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
 
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
 
iii. Bertaubat
 
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. Portal Rasmi Jakim

Khamis, 20 Jun 2013

Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya


http://jejakmihrabmimbar.files.wordpress.com/2010/07/img_1385.jpg
Makam Daeng Selili (gambar google)

Makam ni terletak kat kampung padang changkat, bukit Chandan kuala kangsar. Berhampiran dengan rumah Pak Mazin Pandai Besi, terkenal dengan pembuatan keris. Makam ni juga berdekatan dengan rumah Pn Azizah Yusuf  yang membuat Tekat / Tekat emas, hasil kerjanya sangat cantik. kalau datang ke kuala kangsar rugi kalau tak singgah dua tempat ni. 

Masa melawat makam ni....muaz mengelami pengalaman mistik (tak ler mistik sangat) tengah sembang-sembang dengan mak, sepupu, isteri tertiba datang satu bau harum....Wallahualam dari mana bau tu datang jadi misteri bagi kami. Al fatihah buat Daeng Selili semoga Allah tempatkannya bersama roh orang-orang soleh.

 

Pada tahun 1743, beliau yang juga bergelar Haji Besar oleh kerana serbannya putih dan besar yang mengikut gaya Panglima perang Uthmaniyyah Turki, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Mudzaffar Shah III.(1728-1952). Beliau diiringi bersama dengan anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka bersama armada Jong-jong yang banyak dan besar.
Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah(Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) dan dikurniakan 4 orang anak.
1. Habib Muhammad Abdullah digelar juga Tok Senggang atau Tok Anggang. Pembuka Kampung Senggang, Kuala Kangsar.
2. Muhammad Utsman dengan gelaran Seri Maharaja, keturunan mereka inilah meneruskan pangkat Dato Sri Maharaja Lela.
3. Muhammad Abdul Qadir dikenali juga sebagai Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dua kepala naga.
4. Nur Zurizan (perempuan) atau dikenali juga Nurjilisan atau dikenali juga sebagai Opah Bakul atau Tok Bakul.
Anak-Anak hasil perkahwinan isteri ke empat Daing Selili iaitu Raja Tengah(Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) tidak ramai kerana beliau seorang pahlawan atas Jong yang kerap berlayar melawan penjajah di sekitar perairan di Nusantara. Beliau menggunakan banyak nama dan gelaran bagi mengelakkan zuriat dan keluarganya dari dikesan dan diancam.
Beliau dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya.
Keturunannya yang menetap lama di Perak, maka telah berlakunya asimilasi dengan masyarakat Melayu Perak sehingga budaya, bahasa dan tulisan suku Bugis Jong tidak dikenali lagi melainkan sekadar pengakuan/sejarah lisan. Namun begitu, semenjak pembunuhan residen British pertama Perak J.W.W. Birch (James Wheeler Woodford Birch) oleh keturunan beliau iaitu Dato Maharaja Lela. Semua rekod bertulis tulisan bugis dan segala peralatan kebesaran dihapuskan begitu sahaja.
Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gazet P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.

Rabu, 19 Jun 2013

Bukit Chandan

Istana Iskandariah
Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari (Sungai Perak) kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.
Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut datang sembah lalu berkata...

" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah tuanku membuat istana di atas bukit yang di pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu...."

Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 (Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah) dan segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Jata negeri Perak




 
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


Selasa, 18 Jun 2013

Raja bergelar Negeri Perak

 
Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,

 
Sultan
Raja Muda
Raja Di Hilir
Raja Kecil Besar
Raja Kecil Sulong
Raja Kecil Tengah
Raja Kecil Bongsu


Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.

 Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.

Sumber : http://www.geocities.com/aizaris/RajaBergelar

Isnin, 17 Jun 2013

Bendera negeri perak

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran 
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran 
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. 
Warna hitam melambangkan kebesaran 
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Muflis Di Akhirat

 
Orang Yang Muflis Di Akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”

Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.”  
(HR Muslim no.6522)

Rabu, 12 Jun 2013

Adnan Menderes

 
Mari kenali siapakah Adnan Menderes...

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merup
akan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.


Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.


Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:


-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.

-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar


Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.


Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.


Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.


Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.


Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."


Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung


Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.


Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi


-Wallahua'lam -
Sumber FB

Khamis, 6 Jun 2013

susur jambatan runtuh

PULAU PINANG 6 Jun - Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. - UTUSAN ONLINE
Ya Allah...harap2 tak der lah kemalangan jiwa... 

Rabu, 5 Jun 2013

Pokok Getah


 Fail:Pokok getah (1906).jpg

Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.
Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil
 Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.
Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu.
Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:-
  1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876.
  2. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.
  3. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar.
  4. Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh. wikipedia

Selasa, 4 Jun 2013

pendaki Malaysia

 
Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness)
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.
Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.Bernama
AL-FATIHAH.....

Daksur

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membuka bajunya dan dikeringkan di bawah sepohon pokok. Sedang baginda berehat, seorang bangsa arab bernama Daksur datang ke Rasulullah dengan memegang sebilah pedang. Daksur menghunus pedang ke Rasulullah.

“Siapa yang dapat menyelamatkan kamu, Muhammad?” kata Daksur dengan kasar.

“Allah” kata Rasulullah kepada Daksur dengan tenang dan tegas.

Mendengar jawapan itu Daksur merasa gerun dan takut. Seluruh badannya terasa lemah dan kaku. Pedang di tangannya jatuh ke tanah. Tanpa berlengah lagi, Rasulullah mengambil pedang tersebut dan dihunuskan di hadapan Daksur.

“Sekarang siapa pula yang dapat menyelamatkan engkau, Daksur?” Tanya nabi Muhammad.

“Tiada siapa pun.” jawab Daksur.

Daksur terus memeluk dan meminta maaf. Kemudian Daksur di Islam kan dengan kehendaknya sendiri.

Begitulah kehendak Allah melembutkan hati seseorang. Orang yang selama ini memusuhi Rasulullah sekarang telah mencintai Allah dan RasulNya.

Allium sativum



Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih. 
Sumber Wikipedia

Padi

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.
 


Isnin, 3 Jun 2013

Japanese cheese cake

Japanese cheese cake
Oleh:Starscream Aisyah
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan bahan :
Ingredients
(A)
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk

(B)
60g tepung kek
20g tepung jagung
*gaulkan sekali

(C)
5 biji telur kuning
¼ tsp garam

(D)
5 biji telur putih
¼ tsp cream of tartar
120g gula halus

Cara :
-Cairkan bahan A menggunakan double boiler, kacau hingga sebati.
-Biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan B & C dan kacau hinggan sebati.
-Pastikan aduan cheese tadi tak terlalu panas, kalau panas sangat nanti telur kuning tu termasak pulak.

-Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai jadi foamy atau meringue. nak make sure adunan dah ok, terbalikkan bekas, kalo tak melimpah kiranya dah perfect.

-masukkan adunan telur putih tadi kedalam adunan cheese sedikit demi seikit, gaul hingga sebati. Tuangkan kedalam loyang kek.

-Bakarkan cheese cake dengan menggunakan water bath pada suhu 160C untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C dan bakar untuk 45 minit.

Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown and, cucuk tengah kek untuk pastikan tengah kek masak atau tidak. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.

selamat mencuba.....


komen dari Blog muaz, sangat-sangat sedap dan 10 kali suka...
terima kasih empunya resepi


Ahad, 2 Jun 2013

Potong Rumput

 
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN :-

MESIN RUMPUT
Kawasan rumah / kebun

MERACUN
Kawasan Rumah / Kebun
 
PERPAIPAN
Membaiki kerosakan / Paip Tambahan



PERKHIDMATAN DISEDIAKAN DI KUALA KANGSAR & SEKITARNYA

HUBUNGI KAMI :-
0175435053