Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya

Makam Daeng Selili (gambar google)
Makam ni terletak kat kampung padang changkat, bukit Chandan kuala kangsar. Berhampiran dengan rumah Pak Mazin Pandai Besi, terkenal dengan pembuatan keris. Makam ni juga berdekatan dengan rumah Pn Azizah Yusuf yang membuat Tekat / Tekat emas, hasil kerjanya sangat cantik. kalau datang ke kuala kangsar rugi kalau tak singgah dua tempat ni.
Masa melawat makam ni....muaz mengelami pengalaman mistik (tak ler mistik sangat) tengah sembang-sembang dengan mak, sepupu, isteri tertiba datang satu bau harum....Wallahualam dari mana bau tu datang jadi misteri bagi kami. Al fatihah buat Daeng Selili semoga Allah tempatkannya bersama roh orang-orang soleh.
Pada tahun 1743, beliau yang juga bergelar Haji Besar oleh kerana serbannya putih dan besar yang mengikut gaya Panglima perang Uthmaniyyah Turki, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Mudzaffar Shah III.(1728-1952). Beliau diiringi bersama dengan anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka bersama armada Jong-jong yang banyak dan besar.
Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah(Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) dan dikurniakan 4 orang anak.
1. Habib Muhammad Abdullah digelar juga Tok Senggang atau Tok Anggang. Pembuka Kampung Senggang, Kuala Kangsar.
2. Muhammad Utsman dengan gelaran Seri Maharaja, keturunan mereka inilah meneruskan pangkat Dato Sri Maharaja Lela.
3. Muhammad Abdul Qadir dikenali juga sebagai Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dua kepala naga.
4. Nur Zurizan (perempuan) atau dikenali juga Nurjilisan atau dikenali juga sebagai Opah Bakul atau Tok Bakul.
Anak-Anak hasil perkahwinan isteri ke empat Daing Selili iaitu Raja Tengah(Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) tidak ramai kerana beliau seorang pahlawan atas Jong yang kerap berlayar melawan penjajah di sekitar perairan di Nusantara. Beliau menggunakan banyak nama dan gelaran bagi mengelakkan zuriat dan keluarganya dari dikesan dan diancam.
Beliau dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya.
Keturunannya yang menetap lama di Perak, maka telah berlakunya asimilasi dengan masyarakat Melayu Perak sehingga budaya, bahasa dan tulisan suku Bugis Jong tidak dikenali lagi melainkan sekadar pengakuan/sejarah lisan. Namun begitu, semenjak pembunuhan residen British pertama Perak J.W.W. Birch (James Wheeler Woodford Birch) oleh keturunan beliau iaitu Dato Maharaja Lela. Semua rekod bertulis tulisan bugis dan segala peralatan kebesaran dihapuskan begitu sahaja.
Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gazet P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.
Ulasan