pendaki Malaysia

Seorang pendaki Malaysia yang menyertai
misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat
penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness)
Jurucakap Kedutaan Malaysia di
Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari,
25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti
ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam
keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di
Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk
membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.
Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.Bernama
AL-FATIHAH.....
Ulasan
moge ditempatkan dalam golongan oghang yang beghiman!!!