Menjadi pelajar praktikal di Kolej Komuniti Gerik
PERMOHONAN
SEKIRANYA PERMOHONAN DITERIMA
Lapor diri
SELEPAS TAMAT LATIHAN INDUSTRI
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
- Jika berminat untuk menjadi pelajar praktikal di Kolej Komuniti Gerik (KKG), sila hantar permohonan untuk menjalani latihan di KKG menggunakan surat rasmi melalui institusi masing-masing.
- Surat maklumbalas penerimaan pelajar praktikal akan dihantar ke institusi tersebut.
SEKIRANYA PERMOHONAN DITERIMA
Lapor diri
- Sila lapor diri mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Pengecualian diberi sekiranya penangguhan dimaklumkan lebih awal kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) KKG.
- Pelajar praktikal perlu melaporkan diri kepada Pengarah KKG atau sekiranya Pengarah tiada, sila lapor diri kepada Ketua Jabatan Kejuteraan dan Kemahiran (KJKK).
- Seterusnya, lapor diri kepada UPLI dan Penyelia yang dilantik.
- Untuk urusan rekod kehadiran sepanjang bertugas di KKG, sila berjumpa dengan pegawai yang bertugas di Unit Pentadbiran.
- Sebelum pulang, sila isi Buku Pelawat KKG di Kaunter Khidmat Pelanggan.
- Pelajar praktikal akan ditempatkan di bawah unit mengikut bidang pengajian masing-masing.
- Jika tiada bidang berkaitan, pihak kolej akan menempatkan pelajar praktikal mengikut keperluan Jabatan/Unit.
- Walaupun pelajar praktikal ditempatkan di Jabatan/Unit yang ditetapkan, Jabatan/Unit lain boleh menggunakan khidmat pelajar praktikal tersebut melalui Penyelia pelajar praktikal berkenaan.
- Sila berikan kerjasama dan berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.
- Jika timbul sebarang masalah, sila rujuk Penyelia masing-masing dengan kadar segera.
- Jika khidmat pelajar praktikal diperlukan oleh dua (2) atau lebih Jabatan/Unit pada waktu yang sama, sila hubungi Penyelia masing-masing untuk mendapatkan kata putus.
- Sepanjang tempoh Latihan Praktikal / Latihan Industri di KKG, pelajar praktikal layak memohon cuti maksimum 7 hari sahaja.
- Jika pelajar praktikal terlibat dengan sebarang program pada hari cuti hujung minggu atau cuti umum, cuti ganti boleh diberikan (perlu kemukakan bukti).
- Untuk mohon cuti, sila isi Borang Cuti yang disediakan di UPLI dan maklumkan kepada Penyelia dan Pegawai UPLI.
- Setiap pelajar praktikal diminta untuk menghasilkan satu produk/program/inovasi yang dapat memberi kesan yang positif kepada KKG.
SELEPAS TAMAT LATIHAN INDUSTRI
- Pelajar praktikal yang berjaya menamatkan sesi latihan industri di KKG akan menerima Sijil Penghargaan.
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
- Sila hubungi 05-7916199 atau 05-7910299 untuk bercakap dengan Pegawai Unit Perhubungan dan Latihan Industri.
Ulasan