Jumaat, 6 Jun 2008

jogjakarta

Jogjakarta sarat budaya JawaOleh Muhd Izawan Baharin izawan@hmetro.com.my

BEBERAPA minit sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisut Jipto, Jogjakarta, saya dapat melihat dengan jelas pemandangan dari udara kota yang berusia lebih 200 tahun itu.Saya tertanya-tanya, selain bangunan lama serta candi di kota yang akan menyambut ulang tahun ke-252 Oktober ini, apa lagi daya tarikan di situ sehingga menjadi tumpuan pelancong ke Indonesia.
Dan selama beberapa hari di sana atas jemputan Jabatan Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Jogjakarta, saya mendapat jawapan bagi soalan itu. Di sebalik kepelbagaian tempat menarik untuk dikunjungi, keramahan penduduknya membuatkan pengunjung tidak kekok malah 'tertawan' dengan keadaan di sana walaupun pertama kali menjejak kaki ke Jogjakarta.Di sana, penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Jawa yang mempunyai kelainan budaya dan bahasa sentiasa menyambut pelancong dengan senyuman.Jogjakarta juga dikenali Yogyakarta, Yogya dan Jogja terkenal sebagai pusat budaya dan seni masyarakat Jawa yang ditadbir Sultan yang juga Gabenor di tempat itu. Beliau dikenali dengan nama Sultan Hamengkubuwono ke-10.Ia memiliki kepelbagaian tempat pelancongan bermula daripada Gunung Merapi, keindahan pantai, kesenian dan kebudayaan, kraton atau istana Sultan serta candi purba.Bagi penganut Buddha, Candi Borobudur, kira-kira 42 kilometer barat laut Jogjakarta menjadi tumpuan terutama jika ada perayaan seperti Hari Wesak.Jika Candi Borobudur terkenal untuk masyarakat beragama Buddha, Candi Prambanan pula dibina penganut Hindu sekitar abad ke-9 turut menjadi lokasi tumpuan pelancong.Pelancong juga boleh melawat Istana Air Taman Sari yang pernah digunakan Sultan Hamengkubuwono pertama tetapi kini menjadi antara lokasi kunjungan selepas ditinggalkan selepas Gunung Merapi meletup pada 1814.Pelancong yang mahu melihat seni bina tradisional Jawa boleh melawat Istana Sultan atau Kraton.Kraton hanya dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang Isnin hingga Sabtu dan 8.30 pagi hingga 1 petang pada Jumaat kerana sulatan masih menggunakan istana berkenaan.Jika mahu membeli-belah, anda boleh mendapati pelbagai barangan seperti batik, kraftangan, tembikar dan barangan perak di pasar Malioboro. Jika bijak tawar menawar, anda boleh mendapat harga lebih murah.Panduannya mudah, minta diskaun sehingga 50 peratus daripada harga barangan itu.Tetapi jika anda mencari batik berkualiti tinggi, lokasinya ialah Muzium Lingkungan Batik Imogiri-Bantul manakala Kotagede terkenal dengan barangan kraftangan daripada perak.Pasar Ngasem pula menjual pelbagai spesies haiwan termasuk burung, ular, monyet dan tupai.Kunjungan ke Jogjakarta sesuatu yang berbaloi dan jika ada peluang, saya akan ke sana lagi.

Tiada ulasan: