Selasa, 17 Jun 2008

kuala kangsar


Kuala Kangsar mendapat nama daripada perkataan 'Kuala Kurang Sa' yang membawa maksud kurang satu daripada seratus. Nama ini tercipta apabila sembilan puluh sembilan anak sungai yang mengalir ke Sungai Perak dan akhirnya menjadi 'Kuala Kangsar'. Kuala Kangsar diberi gelaran 'Bandar Diraja' sejak dahulu lagi apabila Sultan Yusof Sharifudin Muzaffar Shah yang dikenali sebagai Marhun Garullah (1877-1887) telah mendirikan istana baginda di Sayong. Namun apabila Raja Idris ditabalkan menjadi sultan pada 1887, baginda telah membina sebuah istana di atas bukit yang berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong ditenggelami air apabila banjir melanda. Raja Idris menamakan bukit tersebut dengan nama 'Bukit Chandan' sempena mengambil nama seekor gajah kepunyaan Sultan Yusuf yang bernama "Kulop Chandan".
Faktor kewujudan istana sultan di kedua-dua tempat ini iaitu Sayong dan Bukit Chandan juga menyebabkan kraf pertukangan tangan Melayu tradisional wujud di sekitarnya. Kemahiran ini sebenarnya datang daripada pandai tukang-pandai tukang yang berkhidmat di istana.Sebagai contohnya Kampung Padang Changkat,Bukit Chandan, Kampung Kepala Bendang dan sekitarnya. Di Sayong masih terdapat lagi pandai tukang-pandai tukang yang mengusahakan Kraftangan Melayu tradisional seperti tembikar, tekat, pertukangan logam dan sebagainya.

(sumber : kraftangan warisan)

Tiada ulasan: