hakikatnya..kita bernikah



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS , maka pasangan akan bertengkar jika
layanan tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA , maka pasangan bakal lari jika kita
jatuh miskin.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN , pasangan bakal lari jika kecantikan kita kian pudar dimamah usia.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT , maka pasangan akan cari alasan
untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN , pasangan akan lari jika
kita berubah tingkah laku.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA , hati manusia itu tidak tetap dan
mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, manusia yang dicintai pasti
MATI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH , sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA . Dan ALLAH mencintai
hamba NYA melebihi seorang ibu mencintai anaknya. Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai
ALLAH.

Ulasan

Ermizi Muhamad berkata…
kalau bernikah sebab menutup kepincangan diri macam mana?
cth , khawin sebab nak tutup diri tu gay ? macam mana pulak ye .. .
ain berkata…
cane plak kalo hakikat inginbernikah kerane inginsomeone takecare of us? i mean die mmg xde sape2 kat dunie ni... broken family n xde sape kesah pon psl die. die nak kawen sbb die nak ade org kesah psl die. nak ade org jage die. tu bawah konteks ape ye?
Tanpa Nama berkata…
susah nak jawab ni,nanti muaz dapatkan jawapan....muaz sedang bercuti kat manjung
KELI OH KELI berkata…
seperti biasa...entry2 muaz buat saya berfikir..terima kasih muaz!
muazlumut berkata…
terima kasih keli oh keli.kerdil desa dan cik ain,dua-dua hasrat ni bagus....tapi mesti kerana Allah juga.mcm kita bekerja matlamatnya nak dapatkan duit,tapi jnglah itu jadi matlamat utama....kerja kerana Allah,rezeki pasti datang.wallahualam
ain berkata…
erm.. thanks ye muaz.

:)

entry kamu ni mmg bagos utk org2 cam ain ni. hehe
Unknown berkata…
WAH...
BGUSLAH ENTRY ni..
good info..
anyway, fiq dtg follow..
huhuhuu......
p[A]n[A]d[O]L berkata…
biarlah segala yang dilakukan adalah keranaNya.
insyaAllah, segalanya akn baik2 saja ^^
Lufti berkata…
huhu..kahwinilah pasangan anda dengan ikhlas..insyaAllah akan kekal...huhu
muazlumut berkata…
betul tu luffy

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan