Ahad, 19 Disember 2010

Mesti ada hikmahnya

 
Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata,
"Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata,
"Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata,
"Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang  patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka,
"Mesti ada hikmahnya."

11 ulasan:

Rina Azam berkata...

segala yg terjadi ada hikmahnya.. hanya Allah saja yg tau.. subhanallah.. :)

zul permatang badak berkata...

cerita pendek ....membuatkan kita berfikir...supaya kita tidak gusar bila menghadapi ujian Nya....

NOOR FATIN berkata...

cerita yang penuh keinsafan...

iaryylr berkata...

ya memang akhirnya ada hikmahnya, mungkin sambungannya tok penghulu yang kena ganti tempat anaknya...he he he!

moon berkata...

dr Solusi 19 kn??
hee...=)

muaz_kkgp berkata...

ada kawan email kat muaz....nampak menarik,letak kat blog utk kongsi ngan rakan2

moon berkata...

dr Solusi 19 kan...=)

muaz_kkgp berkata...

ya betul....

hans berkata...

nice entry
memang ada hikmahnya

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

+akufobia+ berkata...

hikmah.hee.

KELI OH KELI berkata...

like! like! like! sgt suka cerita ini...