Jumaat, 24 Jun 2011

Pokok epal..


"Suatu masa dahulu, ada sebatang pokok epal yang amat besar sekali. Seorang budak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga suka dan sayang budak itu.

Masa berlalu...

Budak lelaki itu sudah besar. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu." Aku bukan lagi budak-budak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak lelaki itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jual lah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Dengan gembiranya ia memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, budak lelaki itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku kena bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina sebuah rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarga ku. Boleh kah kau menolong aku?".

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahan ku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Lalu ia  memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun turut gembira tetapi kemudianya merasa sedih karana budak lelaki yang sudah dewasa itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epel itu."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah Berjaya,aku bercita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai kapal. Bolehkah kau menolong ku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai kapal untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh menebang aku  untuk dijadikan kapal. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buah ku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat kapal. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada sedih."

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, mari berehat di perduku," kata pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal. Pokok epal dan lelaki tua itu menangis kegembiraan.

Pokok epal yang di maksudkan di dalam cerita itu adalah ibarat mak ayah kita….mari fikir-fikirkan, sepanjang mak ayah membesarkan kita banyak pengorbanan dilakukan, tapi kadang-kadang kita lupa dan tak menghargai pengorbanan mereka. Masa susah ingat mak ayah, bila kita senang sikit lupa pada mak ayah. (Sumber: Dari sembang2)

P.s: kalau jumpa pokok yang boleh cakap, muaz rasa lebih baik lari jangan tunggu!

2 ulasan:

Muhd Aizie berkata...

wah! seronok baca entry kali ni! menarik. kalau pkok epal betul2 mcam tu, sah demam laa nampaknya. hahah ;)

muazlumut berkata...

terima kasih eije....
muaz pun boleh demam..huhu