Itik
Pada suatu masa dahulu ada dua ekor itik dan seekor kura-kura yang berkawan baik, tinggal di sebuah tasik yang sedang dilanda kemarau. tasik itu dahulunya sangat cantik dan didiami berbagai jenis binatang, unggas. binatang-binatang yang tinggal di situ telah lama meninggalkan tempat itu kerana kawasan tasik itu semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman.
Keadaan kemarau semakin teruk, dua ekor itik itu juga mahu berpindah ke kawasan lain. kura-kura berasa risau kerana kawan baiknya ingin meninggalkan tasik itu. dengan keadaannya yang bergerak lambat serta tidak boleh terbang, mustahil untuk dirinya mengikuti mereka. Kura-kura bertanya kepada kawan-kawannya
"Kamu hendak berpindah ?, aku pasti akan mati kekeringan di sini. aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Kura-Kura.jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah,"
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke tempat baru itu dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?"
"kalau begitu aku setuju,"
Terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"kura-kura! engkau semulajadinya tak boleh terbang, tapi ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura tetap bersabar dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan jatuh ke tanah.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang tanpa mempedulikan ejekan budak-budak nakal. Dalam meneruskan perjalanan, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Budak-budak itu begitu kagum dengan keberanian kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat kamu, " kata budak-budak itu kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'Terima kasih kerana memuji, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik bersama kawan-kawan ku ini"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Semasa diejek, kura-kura begitu bersabar terus menggigit kayu, tetapi kura-kura lupa seketika pada dirinya dan akhirnya terhempas kerana pujian...
Begitu juga dengan kehidupan harian, kebanyakan kita akan bersabar apabila dihina tetapi kita mudah lupa dan kalah dengan pujian-pujian.
Macam mana ye…kura-kura bersembang dengan itik…mesti riuh rendah!
Ulasan