Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Al Fatihah

Imej
Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah mangkat pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Semoga rohnya ditempat bersama orang-orang yang soleh... KUALA LUMPUR 30 Mac – Raja Ashman, anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meninggal dunia pada kira-kira pukul 6:30 pagi kerana serangan asma dan alahan. Almarhum meninggalkan seorang balu, Noraini Jane Kamarul Ariffin dan anak-anak Upacara pengebumian akan diadakan di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN

Sedekah

Imej
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :  " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

Sendiri punya...

Imej
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf encik, anda tidak dibenarkan makan sandwich Anda sendiri di sini!”… Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing…

ATM

Imej
Seorang pemuda bernama karim telah pergi ke mesin ATM berdekatan bagi tujuan urusan mengambil duit. Setibanya di mesin ATM tersebut, beliau pun melakukan pilihan menu di skrin. Sewaktu memasukkan nombor pin,seorang pemuda di belakang telah cuba menjenguk dan tersenyum jahat. karim merasa sangat takut dan risau lalu bertanya kat pemuda itu : Karim : Kenapa kamu pandang dan tersenyum seperti itu? Pemuda : Sebenarnya saya dah tahu nombor pin kamu. Karim : Kalau kamu tahu, Apa nombor pin saya? Pemuda : No pin awak ialah ***** betul tak? Karim : ???

Tujuh Wasiat

Imej
  PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA). KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan. KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA OR...

Bisik-bisik

Imej
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan. Ibn Mas'ud r.a

kiri kanan

Imej
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.” (al-Bukhari)

Rumah

Imej
Rumah kat kampung....istana hinggap....

Filateli

Imej
koleksi setem muaz.... Filateli merupakan aktiviti mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem pos, surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Koleksi ini, sama ada setem, sampul-sampul surat, dan lain-lain selalunya didokumenkan untuk mengesan peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah, serta peristiwa-peristiwa yang lain.