Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Cempaka Sari

Imej
Makam Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain   (Marhum Kaharullah) Sultan Perak ke-15 Nama asal Baginda ialah Raja Iskandar, putera Almarhum Sultan Muhammad Shah dan Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-15, bergelar Sultan Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah. Al-Fatihah...     Cempaka Sari namanya pulau, Tempat semayam saorang Raja, Terkenal adilnya di zaman lampau, Sultan Iskandar nama baginda, Raja berdaulat negeri bertuah, Sultan Perak yang ke lima belas, Raja adil Raja yang disembah, Rakyat bernaung bermohon belas, Banyak riwayat di Cempaka Sari, Jadi sejarah dalam kenangan, Kemudian digelar Indera Sakti, Di situ mangkat baginda Sultan, Cempaka Sari di hilir sungai, Terkenal megah indah permai.  (lirik lagu cempakasari / Tan sri s.m. salim )

PAVILION

Imej
Bangunan ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918-1938. Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo. Pada masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.

Masjid Ubudiah

Imej
Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Duni...

little star

Twinkle, twinkle, little star How I wonder what you are Up above the world so high Like a diamond in the sky Twinkle, twinkle little star How I wonder what you are When the blazing sun is gone When he nothing shines upon Then you show your little light Twinkle, twinkle, all the night Twinkle, twinkle, little star How I wonder what you are    

Bunga depan rumah

Imej
tak reti nak tulis apa...ni ler bunga yng ada kat rumah muaz. blog muaz ni dah penuh sawang..lama tinggal. bukak blog tak tahu nak tulis apa...huhu orkid catt..paling lambat nak keluar bunga   orkit catt atau nama penuhnya cattleya...Wangi baunya orkid phal belinna..comel bunganya dan wangi                        orkit butterfly..paling susah utk di jaga...