Satu Geran Banyak Nama

Memandangkan harga rumah siap dibina atau di dalam pembinaan semakin mahal, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya. Selain daripada itu juga adalah anda dapat memiliki keluasan rumah yang lebih luas, kerana kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju atau rumah sub-sale. Namun begitu, anda harus berhati-hati supaya pelaburan yang anda keluarkan untuk membeli sebidang tanah lot itu berbaloi. Jangan pula sampai duit dah habis, tapi habuk tanah lot pun tak dapat2..Oleh yang demikian, disini pihak kami senaraikan beberapa tips ringkas dan mudah dipraktiskan yang mungkin serba sedikit dapat membantu anda semua dalam urusan pembelian tanah lot ini. 1. Daripada pengalaman dan pemerhatian pihak kami, terdapat 2 keadaan dimana tanah lot banglo ini dijual:- i. Tanah lot yang telah dipecah bahagi daripada satu Geran Besar (Master Title) kpd Geran Individu...