Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

apam gula hangus

Apam Gula Hangus Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: Gula Hangus 1 cawan gula pasir 1 cawan air panas 2 biji telur 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin/butter 2 sudu susu pekat 1 sudu teh soda bikarbonat. 1 1/2 cawan tepung gandum. Cara-cara 1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan 2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit 3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. 6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja. 7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya. saya copy dari blog http://www.aziekitchen.com/2011/10/apam-gula-hangus.html

Berat...

Imej
"Jika hidup terasa berat hari ini dan hari gaji terasa masih sangat lama atau tugas yg tak selesai- selesai, atau ada target yg belum dicapai, malah ditambah lagi beban...... hanya satu hal yang dapat kita lakukan.....Kembali kepada Allah"

Khunsa

Soalan : Assalamualaikum Sahibus Samahah Mufti, bolehkah jelaskan berkenaan dengan definisi khunsa dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya serta apakah khunsa ini sama dengan transgender atau transeksual ? Jawapan : Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Khunsa dari sudut istilah para fuqaha ialah: Seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan. Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing. Rujuk Hasyiah Ibn Abidin (5/464), Nihayah al-Muhtaj (6/31). Manakala khunsa menurut Kamus Dewan adalah: Orang yang mempunyai dua alat kelamin. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat . Merujuk kepada kitab-kitab para fuqaha , kita dapati bahawa mereka m...