sejarah typhoid mary

Public Health Malaysia 14 Ogos jam 2:47 PTG · BEWARE GUYS.... Nak bercerita pula pasal sejarah Tifoid ini.. Ia kisah nan panjang, Tapi siapa nak ilmu, Jemputlah baca sehingga noktah terakhir . . Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon. Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki. Umurnya 14 tahun ketika itu. Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya. Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan. Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi). . . Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan. . Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia. . Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan ...