Pokok Melaka
Pokok Melaka di Tasik Pawa Janggi (Beting Beras Basah) di Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak. Pokok ini sangat ganjil kerana ia satu-satunya pokok yang boleh hidup selama berpuluh-puluh tahun di dalam air. Jaraknya dengan pantai adalah 200 meter. Sultan Muzaffar Shah, putera Sultan Mahmud Shah dengan Tun Kecil anak Tun Bendahara mula-mula mendarat di Beting Beras Basah ketika dilantik sebagai Sultan Pertama di negeri Perak (1528-1549).
Ketika air surut. Kelihatan akar-akar pokok. Ia tidak dapat dihampiri kerana tanah berselut yang sangat lembut sehinggakan sesiapa yang cuba berjalan ke perdu pokok akan terbenam.
Keadaan pokok ketika air pasang.

Ulasan

MARIA berkata…
Salam kenal. Macam mana pulak pokok tu boleh ada di Perak. Walhal menurut cerita Parameswara mendarat di bumi yang kemudiannya dinamakan Melaka sempena nama pokok tempat Parameswara bersandar. Maaf ye, hanya curiga.
muaz_kkgp berkata…
masa sultn perak pertama sampai ke perak,kapal yng membawa baginda tersekat di beting beras basah(di kawasan pokok tu berada)baginda turun dan berseru jika beliau benar keturunan sultan melaka,benarkan beliau berkerajaan di negeri ini....dgn izin Allah air laut membuak2 keluar dan kapal pun terlepas dari beting pasir dan sampai sekarang setiap sultan perak semasa ditabalkan mesti dibawa ke beting beras basah(utk mengenang peristiwa kedatangan sultan perak pertama)
Jose Yusri berkata…
kenapa ada disebut Tasik Pawa Janggi?

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan