Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Adab dengan mak dan abah.....

Adab dengan ibubapa Ibu dan ayah mempunyai kedudukan yng tinggi di dalam agama Islam.Dengan itu Islam telah mendidik dan membentuk penganutnya supaya sentiasa hormat dan berakhlak mulia kepada kedua ibubapa.Memberi penghormatan dan setinggi penghargaan.Seorang anak juga mestilah sedaya upaya beradab dgn adab yng terbaik terhadap ibubapanya. Bersopan santun dan memuliakan keduanya. Hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibubapanya yng baik. Tidak memotong cakap mereka. Merendahkan suara kerana hormat. Memilih kata-kata yng sopan dan lemah lembut. Tidak bicara di hadapannya dgn biadab. Hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya. Jangan ia memasamkan muka dihadapan ibubapanya. Sentiasa menggembiraka ibubapanya. Inilah antara adab-adab yng harus ada pada seorang anak.

Warisan

Anak kecil main api, Terbakar dirinya sendiri, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang, Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta Lenyap di arus zaman, Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Peribumi merintih sendiri, Masa depan sungguh kelam, Kan lenyap peristiwa semalam, Tertutuplah hati terkunci mati, Maruah peribadi dah hilang, Kini kita cuma tinggal kuasa, Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati bersama berbakti, Pulih kembali harga diri, Kita sudah tiada masa, Majulah dengan maha perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayukan gagah di nusantara…!

anak panda

Imej

Jambu Batu

Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol by Utusan Online - Aizawati Ahmad TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia? Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan. Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, buah itu ...

politik kita

isu liwat datang lagi...hanya Allah jua mengatahui siapa benar,siapa yng salah.bagi pendapat saya,tunggu dan lihat je lah.....tak yah buat rusuhan,mogok...kita kerja rajin-rajin,cari nafkah utk keluarga.pastu doa,supaya Malaysia ni...aman dan damai.Amin.....