Rabu, 23 Julai 2008

Adab dengan mak dan abah.....

Adab dengan ibubapa

Ibu dan ayah mempunyai kedudukan yng tinggi di dalam agama Islam.Dengan itu Islam telah mendidik dan membentuk penganutnya supaya sentiasa hormat dan berakhlak mulia kepada kedua ibubapa.Memberi penghormatan dan setinggi penghargaan.Seorang anak juga mestilah sedaya upaya beradab dgn adab yng terbaik terhadap ibubapanya.

Bersopan santun dan memuliakan keduanya.
Hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibubapanya yng baik.
Tidak memotong cakap mereka.
Merendahkan suara kerana hormat.
Memilih kata-kata yng sopan dan lemah lembut.
Tidak bicara di hadapannya dgn biadab.
Hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya.
Jangan ia memasamkan muka dihadapan ibubapanya.
Sentiasa menggembiraka ibubapanya.

Inilah antara adab-adab yng harus ada pada seorang anak.

Tiada ulasan: