untuk renungan


Assalamualaikum wr wb,.. & Salam Sejahtera,

Santapan minda untuk petang ini menghidangkan satu lagi kisah yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Kisah secawan kopi yang sarat dengan seribu satu makna. Nurkilan ini telah dikongsikan bersama oleh seorang sahabat.

Kisah bermula di mana sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi di dalam kerjaya masing-masing telah membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam pelbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa “stress” atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi bersama bermacam-macam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat daripada “porcelain”, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal. Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor berkata: “Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan hanya yang tinggal cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini sudah menjadi lumrah di mana, anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan “stress” yang anda semua hadapi. Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengabil cawan yang terbaik dan yang lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.”

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak

berubah hanya alatnya yang berubah. Kadang kala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya. Nikmatilah kehidupan yang ada. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Allahhu a’lam.

Akhir kalam…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan