Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
jasad tetapi pada kemurniaan rohaninya. Lelaki
yang cantik adalah:-

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5. Lelaki yang baik sangka.
6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi
Muhammad SAW adalah kecantikan yang
sempurna bagi seorang lelaki

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kerana pejalnya
otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan wanita berdiri di atas keteguhan
imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti
Khadijah RA adalah kegagahan sempurna bagi
seorang wanita.
firman Allah: " sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang
yang paling tinggi taqwanya"

(email dari rakan2)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan