hutang kereta
“ Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang, kerana manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan ” – Lukman nul-Hakim Selalunya manusia memang begitu. Setiap yang payah tidak ingin dilakukan, hanya perkara yang senang menjadi pilihan. Dari sudut motivasi ia bagus kerana dengan itu terciptalah pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan harian manusia. Dengan kereta, perjalanan jadi selesa dan cepat; dengan periuk elektrik memasak nasi menjadi perkara yang mudah; dengan adanya lif tidak perlu lagi memanjat tangga. Kemahuan untuk senang membuatkan manusia mencipta pelbagai peralatan semasa. Ternyata kehidupan menjadi begitu menarik dan indah sekali. Sayangnya, seolah-olah telah tertanam satu tabiat pada diri manusia – kesenangan adalah mesti. Maka tidak kurang ramainya manusia mencari kesenangan walau terpaksa menempuh jalan yang silap. Menipu itu mung...