Rahmat


            Seorang hamba Allah telah beribadah kepada Allah SWT, selama lima ratus tahun.  Pada hari kiamat, Allah Taala berkata kepadanya:  “Wahai hamba-Ku, masuklah syurga dengan rahmat-Ku”.  Lalu lelaki itu menjawab:  “Wahai Tuhan, masukkanlah aku ke dalam syurga kerana amalanku.”

            Maka Allah memerintahkan agar ditimbang segala amalan hamba itu dengan satu nikmat sahaja iaitu nikmat penglihatan.  Ternyata bahawa berat timbangan nikmat penglihatan itu sudah menyamai seluruh berat amal ibadahnya selama lima ratus tahun, sedangkan  masih banyak nikmat yang ada padanya yang belum ditimbang.  Lalu Allah Taala memerintahkan agar hamba itu dibawa masuk ke neraka.  Ketika itu barulah dia sedar, lalu memohon dan merayu:  “Ya Tuhanku, aku tersilap, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan Rahmat-Mu.”

            Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Tidak seorang pun boleh memasuki syurga dengan amalannya.”  Para sahabat bertanya:  “Sama jugakah engkau, wahai Rasulullah”.  Sabda Baginda:  “Begitu juga aku, melainkan jika Allah memasukkan aku di dalam rahmat-Nya.”

            Seorang ulama bernama Syeikh Abu Said al-Kharraz berkata:  “Siapa yang mengira bahawa ia akan sampai kepada Allah SWT. Dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa.  Sesiapa yang mengira bahawa ia akan sampai kepada Allah tanpa amalan, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong.  Sebab, orang yang berangan-angan kosong itu ia tidak akan membekali dirinya dengan amalan apa pun, lalu ia beranggapan bahawa dia menyerahkan dirinya kepada Allah dan mengharapkan rahmat-Nya.  Demikian itu adalah sikap yang bodoh dan tertipu.  Berserah diri kepada Allah dan mengharapkan rahmat-Nya tidak boleh terjadi melainkan sesudah beribadah dan beramal soleh.”
 sumber : e-mail dulu2
          


Ulasan

hawiz berkata…
betol tu...amin..moga2 kite semua beramal dan sentiasa ingt ALLAH...
Unknown berkata…
semoga peroleh rahmat+kasih sayang DIA.
KELI OH KELI berkata…
dengan nikmat yg diberikanNya...apalah sangat amalan kita..sesungguhnya..Dia Maha Penyayang dan Maha Mengasihani...
norem berkata…
itula..jgn igt org jht msk neraka..org baik msk syurga..semua itu atas rahmatnya.
Raja Zatimi berkata…
Marilah berusaha mendapatkan keredhaan dan Rahmatnya..semoga kita diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Amin.
muazlumut berkata…
terima kasih....komen2 anda amat dihargai

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan