Rabu, 23 Februari 2011

Muflis


 Sabda Nabi s.a.w:
 “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

4 ulasan:

KELI OH KELI berkata...

wahhhh...cat rumah baru!!sempoi!!!terkejut tadi..ingat silap masuk dah..heheh...

janganlah kita diisytihar bankrap kat akhirat nanti...parah tu...

+akufobia+ berkata...

arkk.semoga dijauh kan.

muazlumut berkata...

tukar cat baru,perabot lama...,harap2 jangan bankrap kat sana.terima kasih komen

Raja Zatimi berkata...

insyaAllah kena jaga akhlak..terutama kata2 dan perbuatan..