Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Kanan

Imej
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:  "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).  

3 alim yang berbeza

Imej
Daripada Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Ulama itu ada tiga jenis. Pertama orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua orang yang alim yang masyarakat mengambil manafaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manafaat dengan ilmunya”.

Pakailah

Imej
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.   Huraian Hadith:  Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi. Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain. Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia. Sumber: JAKIM    

barang siapa

Imej
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "

sekadar pandangan mata

Imej
Imam Al-Ghazali berkata, ”(Semua berawal dari) pandangan mata (antara dua lawan jenis), lalu senyuman, lalu sapaan, lalu pembicaraan, lalu janji (untuk bertemu), lalu pertemuan (antara keduanya). Ketika itulah syaitan menjadi pihak yang ketiga.  Demikianlah kemaksiatan dan perbuatan yang keji akan terjadi bermula dari sekadar pandangan mata.

cinta 2

Imej
"Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi).  Tanda2 iman itu antaranya; berkasih sayang sesama muslim, bercakap yang baik2, khusyu' dalam solat, mentazkiyah diri, jaga amanah, gementar hati bila ingat Alllah, bertambah iman bila baca ayat2 Allah, menjauhi perbuatan / perkataan lagho....  

kaya

Imej
Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa." (riwayat Al-Bukhari & Muslim)

cinta

Imej
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. 

Huraisy

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak kemana dan siapa yang kau cari ? 'Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang..' Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang suka bercakap tentang dunia  di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak. Wallahualam....

khamar

Imej
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu dia meninggal dunia sedangkan dia telah terbiasa dan belum bertaubat maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat nanti. kat dunia ni banyak minuman yng Allah halalkan, tapi yang tak boleh ni jugak dicari.....dunia akhir zaman.

Ziarah

Imej
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."   Huraian Hadith:  Islam menggalakkan amalan berziarah apabila terjadi sesuatu musibah/kematian, disamping mengingatkan seseorang itu tentang kematian sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Dalam adab menziarahi orang sakit atau kematian, kita disarankan untuk mengucapkan kata-kata yang baik, nasihat dan dorongan terhadap ahli keluarga yang ditimpa musibah. Kerana setiap perkataan yang keluar merupakan doa. sumber : jakim

Amanah

Imej
Sabda Nabi s.a.w : Daripada Abu Hurairah r.a. : Bahawa Rasul s.a.w bersabda: Tunaikanlah / Kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu.